MUSIC

Joe Flizzow Lancar Video Muzik Single Terbaru Tajuk DROP

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Joe Flizzow Lancar Video Muzik Single Terbaru Tajuk DROP |Siapa yang tidak kenal dengan Joe Flizzow . Artis Sony-Kartel, baru sahaja melancarkan video muzik single Inggeris terbarunya bertajuk DROP. Single in diterbitkan oleh Alif (sleeQ) dan telah diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia Chris Athens. Video muzik DROP bakal di tayangkan dan dikongsikan bersama peminat mulai 24 November 2017 secara umum di laman sesawang Youtube Vevo SonyMusicKartel. Muzik video ini telah diarahkan oleh Shimy Julaini dan diterbitkan oleh Joe Flizzow sendiri . Yang menarik ianya dirakamkan di beberapa lokasi sekitar Phuket, Thailand dan dalam video in di kongsikan bersama beberapa tempat- tempat menarik lagi indah dan cantik yang ada di pulau Phuket, Thailand

“Saya jatuh cinta dengan keindahan dengan Pulau Phuket sewaktu bercuti di resort sahabat saya, Sri Panwa. Dari situ terus saya berkata bahawa saya ingin dan PERLU datang kembali untuk merakamkan pemandangan ini didalam video muzik terbaru saya. DROP membawa maksud yang positif, dimana setiap hari kita meraikan kehidupan tidak kira apa jua rintangan yang terpaksa di hadapi ” kata Joe Flizzow

Video Muzik Single – DROP

Sedikit informasi tentang Joe Flizzow

Beliau telah membina reputasinya sebagai salah seorang bintang hip-hop Asia yang disegani. Album Inggeris pertamanya berjudul President dikeluarkan pada tahun 2009 dan sekarang telah melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan seperti Kartel Records (syarikat rakaman), Kartel Agency (agensi bakat), Kartel Hitmen (DJ Collective), Joe’s barbershop (Kedai Gunting Rambut) dan Budak Baek (rangkaian cenderamata). Beliau juga telah ,menghasilkan album Havoc yang mendapat sambutan luar biasa pada 7 November 2013 dan judul lagu HAVOC telah menjadi fenomena seluruh negara dimana liriknya memang catchy. Selain itu single kedua beliau Apa Khabar telah memenangi beberapa anugerah seperti “Best Song Of The Year”pada Anugerah Juara Lagu yang ke 29. Pencapaian dan pengauh serantau yang kian bertambah Joe Flizzow telah mendapat pengiktirafan daripada jenama global seperti Tesco, Samsung dan juga COACH Untuk ketahui dengan lebih lanjut layari
Facebok Joe Flizzow : https://www.facebook.com/officialjoeflizzow/