MUSIC

HAJAT Single Terbaru Dari Hael Husaini Cerita Cinta Penuh Liku

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HAJAT Single Terbaru Dari Hael Husaini Cerita Cinta Penuh Liku  |Penyanyi serta penulis lirik lelaki berformulasi luar biasa sedang meningkat naik dan menempa nama di persada muzik tanahair yang berasal dari Negeri Sembilan, Hal Husaini Ramzi, atau lebih mesra dengan panggilan Hael Husaini bakal menggegarkan industri muzik tanahair sekali lagi dengan buah tangan terbaharu daripada beliau. Kali ini, Hael mempertaruhkan single yang diberi judul ‘Hajat’ hasil ciptaan beliau sendiri serta kolaborasi penuh serasi bersama komposer Ezra Kong. Satu persatu hajat telah dikecapi oleh beliau dan lagu duet ‘Haram’ bersama penyanyi bersuara lunak Malaysia, Dayang Nurfaizah, merupakan antara impian yang beliau pendamkan dan telah pun terlaksana serta membuahkan hasil diluar jangkaan,

“Syukur Alhamdulillah kerana satu-satu hajat saya telah tercapai setelah ‘Jampi’, kemudian ‘Haram’ dan kini tiba giliran ‘Hajat’ pula saya pertaruhkan untuk tatapan halwa telinga buat peminat saya dan penggemar muzik Malaysia. Sebenarnya, ketiga-tiga lagu ini ada kesinambungannya dan saya ciptakan kesemuanya bersama Ezra. ‘Hajat’ saya terjemahkan dalam sisi yang berlainan kerana sebelum ini peminat-peminat sudah terbiasa dengan genre yang saya bawakan dan kali ini saya lebih mengganas, saya mahukan sesuatu yang baharu dan tidak pernah saya buat sebelum ini.

Maksud ‘Hajat’ sangat mendalam bagi saya kerana ia merupakan pengakhiran kepada single-single terdahulu di mana saya ‘mencincinkan’ seseorang dan permulaan sesuatu yang baharu. Ia sangat simbolik bagi saya kerana semua orang mahu mengecap kebahagiaan suatu hari nanti. Proses rakaman single ini memakan masa selama 2 jam sahaja dan amat mudah bagi saya untuk bekerjasama dengan Ezra kerana kami mempunyai pandangan yang sama dan masing-masing faham apa yang diperlukan untuk mencantikkan sesuatu ciptaan.”

Bukan mudah untuk menciptakan sesuatu lagu kerana saya perlu memahami karakter seseorang agar kedengaran serasi dan ‘masuk’ dengan penyanyi tersebut. Selain itu, formula saya mudah sahaja dalam penciptaan sesebuah lagu iaitu keikhlasan, kita perlu ikhlas dalam membuat sesuatu perkara dan ‘end product’ akan kedengaran lebih telus dan masuk ke jiwa setiap pendengar. Sebagaimana lagu-lagu saya sebelum ini, saya memberikan 100 peratus dalam setiap pembikinan dan berjaya atau tidak saya letakkan sebulat-bulatnya kepada peminat-peminat di luar sana.”

-kata Hael lagi

“Kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh Hael kerana beliau faham apa yang dikehendaki oleh pendengar masa kini. Selain itu, formula yang dimiliki beliau dalam penghasilan sesuatu lagu dengan Ezra Kong ternyata membuahkan hasil bukan sahaja untuk diri beliau bahkan untuk artis-artis lain juga. Saya percaya dengan kekuatan ‘Hajat’ dan yakin ia mampu pergi jauh.”

-kata Raqeem Brian, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Video Klip Hajat