MUSIC

‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ Pada 28 April 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ Pada 28 April 2018 | Gabungan 3 artis dari Malaysia dan Indonesia bakal mengegarkan Kuala Lumpur bulan April nanti. Konsert gabungan dua buah negara memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia.  Cuma kali ini berbeza kerana 3 artis yang digabungkan kali ini adalah yang kali pertama bakal diadakan . Bakal disatukan dalam satu pentas, dipertemukan di atas nama “BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ . BCL – Bunga Citra Lestari . Ianya bakal berlangsung pada 28 April 2018  disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda semua konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

Bagi Yuka Kharisma pula , ini adalah kali pertama konsert diadakan di Malaysia. Sebagai penganjur konsert terulung ini bakal  memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon ini merasakan konsert ini bakal membawa pengertian tersendiri buat dirinya

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat saya bergerak sebagai scbuah penganjur acara,konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”,

ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd.

‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik nyanyian Anuar Zain scrta Yuka pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan dan tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Harga Tiket ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ 

Kepada para peminat yang ingin membeli tiket ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), (bronze) dan RM188 (regular) 8 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288. Walaupun harga sebegini anda secara automatik termasuk dalam cabutan bertuah yang bakal diadakan pada akhir konsert. 6 pemenang bertuah dicara dimana 5 pemenang Iphone 8 dan 1 hadiah utama iaitu sebuah skuter. Haa.. sudahlah dapat bernyanyi dan berhibur bersama , mana tahu anda yang bertuah bukan

Untuk pembeli tiket intimate,mereka akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP Manakala pembeli tiket Platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP

Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethot dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak. Untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my   tiket juga tuut dijual di kaunter Dewan Plenari KLCC 28 April kelak. Konsert ini dianjurkan oleh Kharisma Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama DTA Fashion Art Performance.

Untuk maklumat lanjut : www.yuka.com.my