MUSIC

Bangkit Bersama – Lagu Tema Sukan Sea 2017 Nyanyian Dayang Nurfaizah

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bangkit Bersama – Lagu Tema Sukan Sea 2017 Nyanyian Dayang Nurfaizah | Pasti semua sedang mengira-gira lagi 9 hari untuk Pembukaan Sukan Sea 2017 . Sukan Sea 2017 kali ini diadakan di Kuala Lumpur dan semangat kesukanan membara sejak larian obor Sukan Sea 2017 berlangsung minggu lepas lagi.

Kalau masih ingat minggu lepas KP ada kongsikan lagu tema Sukan Sea 2017 nyanyian monoloQue, Lan Typewriter dan maliQue dan kali ini Dayang Nurfaizah bakal menyanyikan lagu tema yang telah di gubah oleh Dato’ Ramli M.S. yang bestnya lirik adalah dari rakyat Malaysia

Lagu Tema Sukan Sea Nyanyian monoloQue, Lan Typewriter dan maliQue

.

Jom hayati lagu dan lirik dari rakyat Malaysia Bangkit Bersama – Dayang Nurfaizah X Dato’ Ramli M.S

Lyrics: Rakyat Malaysia
Singer: Dayang Nurfaizah
Publisher: Dato’ Ramli M.S.
Mixer: Dato’ Ramli M.S.

Lirik :

Cinta ini, cinta yang mulia
Tercipta sudah, bandingan tiada
Tak berbeza, tiada warna
Batasan tiada, antara semua
Semangat mu, api yang membara
Kesetiaan untuk Negara kuBersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersama
Impian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung kuKesungguhan, dan keyakinan
Yang membawa, kejayaan
Bersama, semua, satu suara
Sambutlah, temasya, kebangaan kita
Berbeza tiada antara kita
(Bangun, bangun, semua) bangkit bersamaImpian, ku harapkan, muga terlaksana
Walau apa rintangan, ditentangi jua
Genggaman, juara, lembaran sejarah
Di hati ku hanya, kamu juara agung ku
 Bangkit Bersama Lagu Tema Sukan Sea 2017 Nyanyian Dayang Nurfaizah
petikan ini diambil dari kosmo.com.my .
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, bersempena tempoh 100 hari menjelang temasya Sukan SEA 2017, rakyat Malaysia dipelawa untuk menyumbang idea bagi lirik lagu tema itu menerusi laman sosial dengan hashtag #laguKL2017.

“Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017 untuk Datuk Ramli gunakan ayat-ayat atau perkataan daripada rakyat bagi menggubah lagu tema KL 2017 kali ini,”

katanya kepada pemberita.

Untuk maklumat lanjut layari

Website Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur : https://www.kualalumpur2017.com.my/about-songs.cshtml