MUSIC

Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live in Singapore 2018

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live in Singapore 2018 |Penyanyi sensasi Malaysia Anuar Zain, akan muncul dengan konsert terbaru beliau pada 26hb Oktober 2018 ini, teristimewa buat semua pencinta muzik serta peminat-peminat di Singapura dan serantau.

Beliau yang memenangi kategori Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 terkenal dengan persembahan berkharismanya yang mengaluni lagu-lagu balada dengan penuh emosi dan penghayatan. Sebagai penghibur dan penyanyi yang terkenal dirantau ini, populariti beliau tidak perlu dipertikaikan lagi semenjak mula melibatkan diri didalam industri seni ini semenjak berusia 13 tahun lagi.

Dengan kemenangan dan penghargaan yang diberi oleh Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik serta pelbagai majlis anugerah lain di dalam industri muzik , vocal dan bakat nyanyian Anuar Zain telah meletakkan beliau didalam liga yang teratas dan tersendiri seterusnya menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi dan penghibur yang di kagumi di rantau ini.

Kerjaya dan kejayaan beliau didalam industi muzik yang telah menjangkau lebih dari tiga dekad juga telah melahirkan peminat-peminat beliau yang setia dan tegar. Setelah kejayaan konsert pada tahun 2015 di Singapura, Anuar Zain kini kembali ke pentas Singapura untuk persembahan satu malam yang istimewa dan pastinya memukau ramai.

Bersiap sedia untuk dibuai dengan alunan suara merdu penyanyi terkemuka ini. Koleksi lagu lama dan juga yang terbaru pasti akan meninggalkan kesan buat peminat-peminat tersayang.

ANUAR ZAIN CINTA TAKKAN BERAKHIR LIVE IN SINGAPORE 2018 akan diadakan pada 26hb Oktober 2018, 8.30pm di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre. Tiket-tiket dari SGD $228, $188, $158, $128 dan $98 (tidak termasuk yuran tempahan SISTIC ) boleh didapati di semua outlet SISTIC, via hotline 63485555 dan juga secara online di www.sistic.com.sg mulai 3hb Ogos 2018 ini.

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Layari www.hyperecords.com dan https://www.facebook.com/HypeRecords bagi sebarang maklumat lanjut.