Munawwareen Hadir Dengan Rekaan Koleksi Telekung & Jubah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Munawwareen Hadir Dengan Rekaan Koleksi Telekung & Jubah | Jika anda mementingkan kualiti, gaya mahupun keselesaan apabila mengenakan pakaian muslimah, mungkin koleksi Munawwareen dapat membantu dalam pilihan anda. Kali ini bukan setakat pakaian muslimah seperti jubah tetapi juga koleksi telekung di kongsikan bersama.

Untuk koleksi Munawwareen 2020 kali ini diperagakan beberapa pilihan seperti

Telekung LUXE

Anda suka pada warna emas, hitam atau perak? Ini diantara koleksi warna yang menjadi ‘hit’. Bukan setakat telekung biasa tetapi dihiasi dengan batu yang berwarna-warna membuatkan ia kelihatan lebih ekslusif. Material yang digunakan ialah Soft Italian Cotton yang mana sejuk dan selesa apabila menunaikan sembahyang. Koleksi yang patut dimiliki kerna kelainan di bahagian muka dimana tanpa perlu memakai anak tudung memudahkan pemakaian telekung.

Jubah Abaya

Abaya adalah diantara koleksi yang menjadi pilihan pertama para muslimah. Kalau kebiasaannya warna hitam putih tetapi di Munawwareen mempunyai warna pastel yang bakal menambat hati. Selain menampilkan ciri-ciri muslimah mengikut syariah, kelainannya adalah setiap koleksi lengkap dengan baju dan tudung.

Ciri yang membuatkan KP berminat pada koleksi Abaya ini adalah mempunyai poket zip dibahagian tengah tudung. Ya !Dengan mata kasar memang takkan tahu ada ya tetapi hakikatnya ada. Ruangan kecil ini boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon, barang perhiasan mahupun buku doa atau tasbih yang kecil. Tiada lagi kerisauan akan barang hilang ketika solat ye.

Travel Kit Umrah dan Haji

Jika ada yang bakal menunaikan umrah mahupun haji boleh singgah di sini untuk mendapatkan travel kit yang comel dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Set ini adalah telekung dan kainnya pula dijahit menjadi palazzo agar memudahkan pergerakan terutama tawaf dan saie.

Berharap dengan kehadiran MUNAWWAREEN dapat menyemarakkkan lagi industri fesyen muslimah di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan di kalangan wanita moden Malaysia.

MUNAWWAREEN HOLDINGS SDN BHD diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar selaku Pengarah Urusan mengadakan kerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dan bakat bakat baharu dalam melahirkan koleksi terbaharu MUNAWWAREEN 2020. Untuk maklumat lanjut layari

Website:  www.munawwareen.com.my

Facebook:  https://www.facebook.com/munawwareen/

 



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top