Young Sherlock Isi Slot Golden Phoenix di TV2 Mulai 14 Nov |Mengisi slot Golden Phoenix di TV2 mulai 14 November ini, setiap Isnin hingga hingga Jumaat, pukul 5.00 petang drama bersiri Kantonis bertajuk Young Sherlock. Menariknya siri penyiasatan 40 episod ini menampilkan pelakon Bosco Wong disandarkan sebagai watak utama dikenali Di Renjie menyelesaikan satu siri kes mendebarkan dan misteri. Siri dihasilkan untuk meletakkan putaran baru pada genre misteri Cina ini membawa penonton mendepani watak protagonis berusia 26 tahun iaitu Di Renjie. Berbeza dengan drama detektif yang pernah disiarkan sebelum ini di mana terdapat hanya satu penyelesaian untuk setiap kes, Young Sherlock meletakkan kemungkinan bahawa terdapat lebih daripada satu kebenaran di sebalik misteri yang berlaku. Selain itu, watak Di Renjie versi ini mengetengahkan kisah bantahan Bosco yang menonjolkan lebih banyak emosi dan ruang untuk pembangunan. Lin Feng, pengarah drama bersiri ini menggabungkan elemen-elemen kreatif dan idea-idea plot yang lebih menarik dan asli, namun masih mengekalkan konteks sejarahnya.Young Sherlock Isi Slot Golden Phoenix di TV2 Mulai 14 Nov

Young Sherlock
Kisahnya bermula tentang pengembaraan Di Renjie mengikuti ujian menjadi petugas kerajaan di Kota Chang&An. Ketika sedang mengikuti ujian, seorang pembunuh yang menyamar sebagai salah seorang peserta ujian. Individu itu berusaha membunuh Ratu Wu Zetian (Ruby Lin), yang kala itu menjadi pemeriksa ujian. Namun mereka bernasib baik kerana perbuatan itu dapat dihidu dan digagalkan oleh Ren Jie, dan pembunuh upahan itu melarikan diri. Di Renjie atau lebih dikenali Detektif Dee, kemudiannya diterima menjadi seorang pegawai polis semasa Dinasti Tang. Prestasinya membuatkan dia terkenal dan dengan kebijaksanaan juga kemampuannnya berjaya merungkai banyak kes jenayah yang berlaku ketika itu.Young Sherlock Isi Slot Golden Phoenix di TV2 Mulai 14 Nov

Atas tindakannya menyelamatkan Ratu, Detektif Dee kemudiannya ditugaskan oleh Ratu untuk menyelidiki siapakah musuh yang nyaris membunuh beliau. Saat menjalankan tugas tersebut, Detektif Dee ditemani oleh kawan baiknya, Wang Yuanfang (Ma Tianyu), pakar perubatan bernama Li Wanqing (Stephy Qi), dan teman zaman kanak-kanaknya, Tong Mengyao (Cindy Sun). Perjalanan mereka diselubungi empat misteri aneh yang terjadi selama zaman pemerintahan Dinasti Tang.Young Sherlock Isi Slot Golden Phoenix di TV2 Mulai 14 Nov

Dalam perjalanannya, Detektif Dee berjaya mendedahkan rancangan pembunuhan Ratu hanyalah peringkat perancangan awal dari sebuah konspirasi besar untuk menggulingkan Maharaja Gaozong (Yuan Hong). Namun siapakah orang bertanggungjawab tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge