MOVIE/TEATER

Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish&Adi Putra Dinantikan Semua

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish&Adi Putra Dinantikan Semua| Gabungan yang dinantikan oleh semua Nora Danish & Adi Putra belum lagi dengan adanya Izzue Islam. Suaminya Ustaz habis isteri dia anak murid . adakah di Tingkatan 6 ataupunn….

poster sau

Filem yang di nantikan oleh semua penggemar filem bakal di tayangkan pada Mei 14, 2015. Filem ini dikatakan bakal “meletup” dengan gabungan dua pelakon terkenal iaitu Nora Danish dan juga Adi Putra. Di adapatasikan dari novel terlaris karya novelis Hannah Dhaniyah berjudul Suami Aku Ustaz adalah hasil tangan dari Karya Seni Production.

buku sau
Karya Seni Production bukan lah baru di bidang ini dimana beberapa novel terbitan Karya Seni telah diadaptasi ke drama bersiri mahupun filem. Antara novel-novel tersebut ialah

  • Love You Mr. Arrogant,
  • Sebenarnya Saya Isteri Dia,
  • Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  • Kerana Terpaksa Aku Relakan
  • Teman Lelaki Upahan
  • Suamiku, En. Perfect 10!,
  • Hati Perempuan dan banyak lagi

Sinopsis Suami Aku Ustaz

SAU2

Alisa (Nora Danish) dipaksa bernikah dengan sepupu-nya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz (Adi Putra) apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah.

SAU5 SAU6Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati (Betty Rahmad) dan Johan (Izzue Islam).  Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

SAU9 SAU11

Apa terjadi setelah rahsia status Alisa dengan Ustaz Hafiz terbongkar? Akan wujudkah cinta Alisa buat suaminya dan bertahankankah jodoh mereka berdua? Saksikan kesudahannya dalam Suami Aku Ustaz, filem adaptasi novel terlaris di pawagam bermula 14 Mei 2015!

SAU17

Memang banyak pengajaran dalam cerita ini, ianya adalah realiti kehidupan yang mungkin di antara kita akan mengalaminya. Terpulang bagaimana kita menerimanya dan mengaplikasikannya dalam seharian..

Trailer: Suami Aku Ustaz

OST Suami Aku Ustaz

Tajuk: USTAZKU RAJAKU

Penyanyi: Adiputra & Zizan Razak

Tajuk : CINTAKU KERNA-MU

Penyanyi : Adiputra & Betty Rahmad

#kitepunye #kitepunyedotcom #filem #review #suamiakuustaz