MOVIE/TEATER

“My Stupid Boss” Bermula Gelak Tawa dari Awal Hingga Penghujung

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"My Stupid Boss"

Masa KP mendapat email undangan untuk menonton filem ” “My Stupid Boss” tertanya-tanya juga, siapakah dan mengapakah di panggil stupid?. Kebetulan pula filem ini adalah kolaborasi pelakon Indonesia dan pelakon Malaysia. Pastinya jalan cerita menarik dan membuat KP menunggu filem ini ditayangkan tapi alhamdulillah di beri undangan untuk menonton terlebih awal peluang terbaik.

Adakah memang karekter bossnya begitu atau staff yang menyebabkan bossnya stupid. Katanya ia gelak tawa bakal bermula dari awal hinggalah ke penghujung cerita tapi betul ke tak kenallah tengok dahulu !.Siapakah para pelokon yang bakal menggegarkan ulu hati, jantung, pankreas , mulut anda dimana anda bakal ketawa sepanjang 107 minit. .

Semua para pelakon seperti Bunga Citra Lestari , Reza Rahadian , Atikah Suhaimie, Bront Paralae , Kinwah Chew dan Iskandar Zulkarnain hadir bersama pengarahnya sewaktu di Malam Gala Night “My Stupid Boss”

"My Stupid Boss"

 

Sinopsis “My Stupid Boss”

Filem yang diangkat dari novel dan kisah benar ini mengisahkan  Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.

"My Stupid Boss"

"My Stupid Boss" Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman  memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan.

"My Stupid Boss" "My Stupid Boss"

 

 

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu “Bossman Always Right”

"My Stupid Boss"

"My Stupid Boss"Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.

Apakah yang terjadi dengan Bossman? Dapatkah Diana menukarkan sikap Bossman yang kedekut? Bagaimana dengan rakan setugas Diana,adakah harapan mereka untuk memahami bahasa alien Bossman berjaya?

"My Stupid Boss"

Sedikit kata -kata dari Fredica -Produser Terbaik Anugerah Filem Box Office Indonesia (IBOMA) 2016 di Jakarta, Indonesia

“Inilah sebabnya Malaysia menjadi negara pilihan untuk memperluaskan jaringan filem kerana saya percaya ia mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara.Sebagai penggiat filem, menjadi impian setiap syarikat produksi untuk membawa produk mereka merentasi sempadan."Apatah lagi, Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun yang hidup berjiran dan mempunyai cita rasa serta budaya yang sama,”katanya.

“Saya berbangga dengan lakonan semua pelakon Malaysia dan Indonesia yang memberikan 100 peratus komitmen dan bakat semulajadi mereka sehingga karya ini menjadi produk komedi antara yang terbaik pernah diterbitkan."Menariknya, gabungan pelakon Indonesia dan Malaysia dipilih berdasarkan populariti mereka di negara masing-masing. Bunga Citra Lestari atau BCL dan Reza Rahadian mewakili Indonesia manakala Atikah Suhaimie, Bront Palarae serta Chew Kinwah pula membina reputasi yang meyakinkan di Malaysia."Kami juga melantik syarikat perfileman berpengaruh iaitu Skop Production Sdn Bhd sebagai pengedar filem ini di seluruh pawagam di Malaysia," katanya yang berpuas hati dengan kerjasama diberikan semua pihak sepanjang menjalani penggambaran di negara ini.

Trailer “My Stupid Boss”

Behind the Scene “My Stupid Boss”

So,anda semua jangan lupa tau check it out di pawagam seluruh Malaysia .. Ehh even di Indonesia pun cerita ini dipasarkan. Pastinya berbaloi dengan harga tiket yang dibeli dimana anda tidak akan berhenti bergelak ketawa dari mula cerita hinggalah penghujung. Seperti KP juga setia menunggu hingga ke penghujung siap ingat lagi dialog nya ” Kera …… ni … “..

Jadi jangan lepaskan peluang tau

#kitepunye #kitepunyedotcom #movie #movienite #mystupidboss , #falconpictures  #madnessfilmsmy