MOVIE/TEATER

Siapakah Zack Kapcai? Apa Kena-Mengena Zack & Kapcai? Kenalah Tonton…

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Terbaru dari MIG “Zack Kapcai” adalah filem yang ke 113 terbitannya dan telah ditayangkan dipawagam pada 14 July 2016. Ianya adalah filem bergenre komedi aksi  dam diarahkan oleh arahan bersama Azaromi  Ghozali dan Rosli Mohd Taib.Zack Kapcai meletakkan elemen pemotoran sebagai subjek utama kali ini. Tidak lupa pada plot penceritaan yang masih mengekalkan elemem komedi disamping suntikan plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti persahabatan, kekeluargaan , kasih sayang dan sedikit percintaan juga yang diambil dari realiti kehidupan yang sebenar

Zack Kapcai Preview

Para pelakon yang terlibat dalam filem Zack Kapcai kali ini ialah pelawak tempatan yang terkenal sebagai peneraju utama iaitu Fad Bocey, Shuk SYJ dan juga Rahim R2. Mereka ini sememangnya terkenal dalam dunia lawak mereka yang tersendiri dan pastinya bakal mencuit hati penonton dengan lawak spontan dan gaya komedi mereka. Turut sama terbabit dalam menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang. LIhat sahaja Epy Kodiang, dah gelak belum lagi beliau berlakon. Shahfiez yang biasa menjadi ‘stuntman’ dalam dunia pemotoran turut sama berlakon disamping Serina Redzuwan yang kini membuat comeback didalam dunia lakonan
Zack Kapcai Preview

Sinopsis Zack Kapcai

Zack Kapcai Preview

Filem yang mengisahkan  tentang  Zack (Fad  Bocey)  yang sangat  suka berlumba  motor.  Namun, minat Zack ini telah ditentang  keras  oleh  ibunya, Minah (Serina   Redzuawan).  Ini kerana bekas suami  Minah iaitu ayah  kandung  Zack  juga  merupakan  Raja  Kapcai  suatu  masa  dahulu.  Dek kerana gelaran Raja Kapcai inilah rumahtangga mereka berdua berantakkan dan seterusnya berpisah. Dalam satu perlumbaan antara Roy (Shuk SYJ) dan Zack, Zack telah memenagu Qistina iaitu motorsikal kesayangan kepunyaan Roy. Roy yang dahulunya kawan baik dan secara tidak langsung menjadi musuh kerana perlumbaan ini.

Zack Kapcai Preview

Minah pula tidak tahan dengan sikap aktiviti berlumba Zack hingga dia memarahi Zack dengan secukupnya pada malam kemenangan Qistina. Kata Zack beliau akan berjanji tidak lagi akan merempit mahupun berlumba motor, insaf sudah katanya. Namun segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy (Rahim Sepahtu) dan MIndah dengan kapsuen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Buhang”. Semestinya perasaan ingin tahu membuak-buak apabila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai dan sebenarnya masih hidup. Bapanya tinggal bersama adik kandungnya yang telah terpisah sewaktu dari kecil lagi.

Zack Kapcai Preview

Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina mencuri motosikal buah hatinya dari Zack di mana Zack kecewa kerana tiada kenderaan untuk meneruskan perjalanan dan niat untuk mencari bapa dan adik kandungnya. Minah yang mengetahui tentang ini telah memberikan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya agar Zack bersemangat untuk meneruskan niatnya. Di  pertengahan   jalan,  Zack bertembung dengan Roy yang  juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang  kembali  persahabatan  lama  mereka  lalu berbaik  semula.

Zack Kapcai PreviewRudy  dan  Tasha  (Julia Marin) pula menjalani  hidup yang sederhana  di bandar. Tasha  berkawan  dengan WAN  (Shahfiez   Rempit)  serta geng beliau yang dikenali sebagai samseng besar di kawasan  mereka. Apabila Wan membelasah  Rudy pada satu  malam. Tasha mengamuk  dan  marahkan  Wan.  Wan  yang  sakit  hati  terus  bertindak  ingin  memperkosa Tasha.Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan  Zack.  Perkenalan yang terjadi  tanpa diduga itu membuahkah  rasa  cinta  di hati  Roy.  Esoknya, Roy  menghantar  Tasha balik  dan  Zack meneruskan  misinya  mencari  Rudy dan Tasha.

Zack Kapcai Preview

Trailer Zack Kapcai

Trailer Zack Kapcai 2nd Version

Apakah yang kesudahannya buat Zack? Dapatkah Zack menemui keluarganya yang terpisah iaitu bapa dan adik kandungnya? Siapakah Raja Kapcai dan adakah Raja Kapcai dapat mengekalkan “title”juaranya itu? Kalau nak tahu kenalah menonton di pawagam yang berhampiran . Kalau KP cerita dah tak feel and hilang suspennya nanti. So jangan lupa tau menonton nanti

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #moviereview #zackkapcai #migfilem #moviedayout #gatheringandmoviedayout