MOVIE/TEATER

Siapakah Penghuni Sebenar Banglo Berkunci?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Banglo berkunci

Banglo Berkunci sebuah filem bergenre seram yang diarahkan oleh Dharma Aizat mempertaruhkan elemen seram yang tidak keterlaluan didalam plot penceritaannya. Pemilihan genre seram sering kali menjadi pilihan dan ianya bukanlah satu taruhan untuk mengukur kutipan box-office sesbuah filem. Menampilkan pelakon berpengalaman Intan Ladyana sebagai teraju utama, Banglo Berkunci turut dibintangi Adiba Yunus dan juga Fadlan Hazim. Gandingan pelakon lama dan bakat-bakat baru sermestinya menjadi taruhan dalam melahirkan generasi baru untuk industri perfileman Malaysia.

Sinopsis Banglo Berkunci

Banglo berkunci

Danny (Fadhlan Hazim) , Boy (Adiba Yunus) dan Adam(Fahmy Reza) yang gemar menjalankan aktiviti paranormal. Tidak kisah di mana lokasi dan latarbelakang tentang lokasi tersebut, mereka ke tempat -tempat mistik seperti ini untuk mencari kepastian tentang kewujudan hantu. Antara lokasi yang mereka terokai ada satu yang lain dari yang lain. Ianya adalah sebuah banglo dipercayai berkunci milik pasangan Sheikh Iskandar Al Munawir dan Sharifah Mazlinda. Sheikh Iskandar di katakan telah membunuh isterinya Sharifah Mazlinda dan anak tunggalnya Syed Maliqi 20 tahun yang lalu. Selepas kejadian itu, Sheikh Iskandar dikatakan telah membunuh diri pada masa yang sama.

Banglo berkunci Banglo berkunci

Kesuma (Intan Ladyana) merupakan pewaris tunggal Sheikh Iskandar untuk menjaga banglo tersebut. Danny, Adam dan Boy terjumpa Kesuma ketika mereka ingin memasuki banglo tersebut dan sejarah banglo misteri tersebut telah diceritakan oleh Kesuma kepada mereka bertiga. Melalui penceritaan itu juga membuatkan Danny sangat teruja. Namun, terdapat pantang larang yang perlu mereka patuhi sebelum memasuki banglo tersebut. Ianya didedahkan oleh Kesuma sendiri mengenai pantang larang yang ada namun ianya tidak mematahkan semangat ketiga-tiga anak muda ini.

Banglo berkunci Banglo berkunci Banglo berkunci

Dengan niat serta keterujaan dalam merungkai misteri banglo tersebut mereka masuk dan mula mencari apa yang tersembunyi didalamnya. Adam, nyata tidak mampu untuk terus bersama dalam kumpulan dan mengundur diri dan menjalankan aktiviti yang penuh misteri ini. Pelbagai gambaran serta petunjuk yang mana Danny dan Boy temui. Satu persatu petunjuk yang ada seakan memberi jalan dalam menggambarkan siapakah penghuni sebenar banglo tersebut.

Trailer Banglo Berkunci


Apakah pantang larang yang di nyatakan oleh Kesuma kepada mereka? Apakah petunjuk yang ada mampu merungkai misteri siapakah penghuni sebenar banglo tersebut? Saksikan di pawagam pada November 26, 2015

#kitepunye #kitepunyedotcom #migonline #bangloberkunci