MOVIE/TEATER

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan ‘Andainya Takdir’

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa yang tak kenal dengan Anuar Zain? Lagu  “Lelaki Ini” diantaranya yang meniti dibibir anak-anak muda dan juga wanita-wanita di luar sana. Lama menyepi tanpa khabar berita dan kali ini , Anuar Zain kembali di persada seni.

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan 'Andainya Takdir'

Penantian selama lima tahun berakhir setelah tebaran pesona baharu Anuar Zain dilancarkan pada sidang media hari ini. Buat Anuar Zain, menjalani kerjaya seni adalah dengan menikmati setiap proses yang dilakukan dengan penuh disiplin, teliti dan sabar, sekali gus mampu menghasilkan karya-karya segar dan berkualiti.

Kualiti sememangnya adalah satu frasa yang sinonim dengan hasil kerja penghibur kesayangan negara, Anuar Zain. Kelangsungan karier seninya yang sudah melewati fasa tiga dekad bergantung kepada setiap karya berkualiti yang dihasilkan oleh beliau.

Setiap lagu di dalam album ini mempunyai keistimewaan dan ceritanya yang tersendiri. Bermula dari proses pemilihan lagu sehingga proses akhir rakaman. Dari segi pemilihan lagu pula, Anuar Zain amat berhati-hati memilih karya yang disumbangkan kepada beliau. Terima kasih kepada semua komposer yang sudi menyumbangkan karya ikhlas mereka. Pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd menerima pelbagai karya tidak kira dari sesiapa sahaja.

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan 'Andainya Takdir'

“Album ini adalah hasil daripada syarikat saya sendiri. Oleh itu saya dan pihak pengurusan perlu lebih teliti dar! segala segi bagi memastikan proses album ini berjalan dengan lancar dan harapan kami agar dapat mempersembahkan sebuah album yang berkualiti,” kata Anuar.

Lagu ‘Andainya Takdir’ dipilih sebagai single pertama kerana ianya sesuai untuk dijadikan lagu pertama bagi penceritaan pendek yang juga membabitkan beberapa buah lagu lain di dalam album ini. Diharapkan lagu ini akan mendapat perhatian para pendengar muzik tanah air terutamanya peminat dan pendengar lagu-Iagu dari album Anuar Zain sebelum ini.

Album ini juga masih mengekalkan label Anuar Zain sebagai judul album terkininya, sama seperti album-album terdahulu. Tidak mahu meletakkan judul album dengan pemilihan tajuk yang berlainan kecuali menggunakan nama “Anuar Zain” sendiri, beliau menyifatkan setiap karya yang dihasilkan di dalam sebuah album itu adalah istimewa,

2

Setiap album yang dilahirkan oleh Anuar Zain Network Sdn. Bhd, adalah dengan dedikasi khusus peminat dan pendengar rnuzik tanah air di dalam ingatan. Lagu-Iaguyang dipilih bagi album ini diharapkan dapat memenuhi cita rasa para peminat dan pendengar muzik tanah air.

“Setiap album yang dilahirkan adalah selari dengan kematangan fikiran saya dan team saya. Alhamdulillah, dengan sedikit sebanyak pengalaman di dalam penerbitan album, research yang dilakukan dan segala informasi yang diperolehi, dapatlah digunakan yang mana bersesuaian agar album ini dan juga album seterusnya dapat dihasilkan dengan lebih balk lagi. Itulah yang pihak kami akan lakukan setiap kali mempunyai album yang ingin dipersembahkan kepada industri muzik tanah air terutamanya buat semua peminat dan pendengar. Bukan sahaja dari segi rakaman album, plhak Anuar lain Network Sdn Bhd juga amat menitik beratkan dari segi produksi, persembahan kullt album serta promosi terhadap album ini,” ujar Anuar lagi.

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan 'Andainya Takdir'

Beliau juga berharap agar hasil dari album ini dapat menghiburkan dan mendapat tempat di hati peminat, pendengar serta pencinta muzik di luar sana. Mengandungi lapan buah lagu dengan empat daripadanya mendapat sentuhan komposer dari Malaysia manakala empat
lagi merupakan sentuhan komposer Indonesia. Seperti album yang terdahulu, Anuar Zain bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penerbitan album ini. Beberapa buah lagu di dalam album ini turut menggunakan khidmat orkestra dari Prague dan Budapest.

Seiring dengan pelancaran album ini juga, Anuar lain masih mengekalkan momentum yang sama apabila muzik video Andai Takdirnya turut menjadi hadiah ‘visual’ buat peminatnya. Menariknya, bukan sahaja menjadi penerbit, tetapi beliau juga turut memberi cetusan idea asal bagi muzik video ‘Andainya Takdir’. Idea asal ini kemudiannya diperhalusi dan direalisasikan dalam bentuk visual sepenuhnya lagi oleh Pengarah Muzik Video, Amor Rizan.

“Saya amat berterima kasih kepada semua team produksi muzik video ini yang begitu komited dan memberikan hasil kerja yang begitu bermakna buat saya dan Anuar Zain Network Sdn. Bhd” kata Anuar.

Muzik video ini turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Eyra Hazali dan Syafiq M.Nazri. Muzik video ini boleh ditonton di YouTube VEVO Anuar Zain­ –  Andainya Takdir mulai hujung minggu ini.

Video Klip Andainya Takdir

Kredibiliti Anuar lain sebagai penghibur tanah air yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam industri ini serta kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh beliau selama ini telah membuka ruang penajaan daripada pelbagai pihak yang menyokong karier seninya.

Antara pihak penaja yang menyokong penerbitan album serta promosi pada kali ini adalah Wonder Glow, Mydin Mohammed Holdings Bhd, Cuisine Inspire Sdn Bhd, Brunsfield Foundation, Renew 360, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur, Atlas (in conjuction with BOSE), serta Hot FM dan Kool FM selaku rakan radio bagi Anuar lain Album Tour 2016.

Terima kasih kepada semua para penaja yang meletakkan kepercayaan kepada Anuar Zain Network Sdn Bhd dan membantu memudahkan perjalanan album ini.

Diharapkan semua pendengar dan pencinta muzik tanah air ikhlas dalam memberi sokongan mereka terhadap album ini khususnya, dan industri muzik tanah air amnya.

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali DenSelepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan 'Andainya Takdir'gan 'Andainya Takdir'

Biar namanya sudah terpahat di dalam industri seni Malaysia, namun Anuar lain masih menitikberatkan urusan premosi album yang memerJukan beliau untuk memenuhi sesi bertemu peminat. Kehadiran Anuar lain pada kali ini menyaksikan kolaborasinya dengan Mydin selaku penaja lokasi bagi Anuar Zain Album Tour 2016. Beliau juga akan melakukan sesi bertemu peminat serta menghiburkan peminat dengan Jagu dari album terbaharu beliau di beberapa lokasi Mydin yang terpilih. Album Tour 2016 itu akan dimulakan di Mydin USJ Subang Jaya pada 9hb Oktober 2016 jam 3 petang.

Di dalam situasi dimana album artis tempatan sukar untuk diperolehi di toko muzik, Anuar lain amat bertuah kerana pihak Mydin akan turut menjadi outlet untuk para peminat beliau memperolehi album terbaharu ini, sekali gus mendapatkan edisi istimewa berserta poskad dengan tandatangan Anuar lain sementara stok masih ada. Album ini boleh didapati di semua outlet Mydin mulai Oktober 2016.

Memanfaatkan kemajuan teknologi dengan sebaiknya, khususnya buat peminat yangberada di luar negara, album Anuar lain juga akan dijual secara online menerusi laman web terkenal iaitu Lazada(www.lazada.eom). Pre-Order bagi Album Anuar lain boleh dibuat melalui Lazada mulai 23/9/16 sehingga 30/9/16. Bagi 100 pre-order pertama akan menerima CO dengan tandatangan Anuar lain sendiri.

Pihak Anuar lain Network Sdn Bhd berharap agar semua penggemar muzik menghormati setiap karya yang dipersembahkan dalam album ini kerana penghasilan sesuatu album itu melibatkan begitu ramai individu kreatif yang mencari rezeki dalam bidang ini. Sementelah, untuk album ini, banyak usaha dari segi kreativiti, tenaga dan kewangan yang telah dicurahkan untuk memastikan penghasilan album ini adalah yang terbaik.

Selepas 5 Tahun Menyepi , Anuar Zain Kembali Dengan 'Andainya Takdir'

Terima kasih kepada Universal Music Malaysia Sdn. Bhd. selaku pengedar yang telah mula mengedarkan album Anuar lain dibawah label Anuar Zain Network Sdn Bhd dari tahun 2007 sehingga kini. Oiharapkan kerjasama ini akan berterusan selagi pihak Anuar Zain Network Sdn Bhd menerbitkan album. Kepada team Universal Music Malaysia Sdn Bhd, terima kasih di atas kerja keras anda yang tidak pernah jemu untuk memastikan setiap album Anuar lain berjaya di pasaran.

“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak media yang terus memberikan sokongan didalam kerjaya seni saya dan juga kerana membantu menyambungkan silaturahim antara album ini dan penggemar muzik tanah air di luar sana,” ujar Anuar Zain

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #deenasimi #newsinglerelease