MOVIE/TEATER TRAVEL

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Tarikan Terbaru Di MAPS, Perak

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus Tarikan Terbaru Di MAPS, Perak| Movie Animation Park Studio yang berlokasi di Perak adalah salah satu taman tema hiburan yang mempunyai lebih dari 40 tarikan dalam 6 zon yang berbeza. Boboiboy melangkah setapak lagi berkolaborasi bersama Filem Animasi Park Studios (MAPS) Perak untuk tarikan terbaru iaitu Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus.

Jika anda pernah ke MAPS, pelbagai tarikan bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga dewasa. Kali ini tarikan terbaru khusus untuk kanak-kanak dalam kepuasan dan pengalaman sewaktu berada di (MAPS) Perak .

Tarikan terbaru ini  Ahli Lembaga Pengarah (MAPS) Perak , Encik Ramelle Ramli berkata

“Selain dari tarikan terbaru roller coaster Boboiboy, satu kafetaria Boboiboy telah dibuka. Ianya terletak berhampiran dengan roller coaster dan menyediakan 20 pilihan buffet buat para pengunjung yang hadir. Selain menikmati hidangan disini,para peminat Boboiboy dapat beramah mesra bersama maskot Boboiboy Galaxy” 

Selain dari tarikan ini, Trilogy Illusion juga bakal menarik perhatian pengunjung yang hadir dimana kolaborasi bersama Trilogy Magic Factory, yang pernah membawakan The Sacred Riana dari Indonesia.

Image may contain: 1 person, text

Ada juga penyertaan buat para pengunjung untuk memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina.

Teater Muzikal Hantu Kak Limah

Jika anda berada di (MAPS) Perak pada 24 hingga 31 Disember 2018 jangan lepaskan peluang untuk singgah dan berhibur dengan Teater Muzikal Hantu Kak Limah.  Ianya diadaptasi daripada filem sebenar Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid dan bakal dipentaskan sebanyak dua kali sehari di Teater (MAPS) Perak .

Jom bawa anak-anak bercuti di (MAPS) Perak, sambil berhibur boleh layan teater Hantu Kak Limah yang dibawa khas untuk musim cuti sekolah ini