MOVIE/TEATER

RM8 Juta Sepanjang 13 Hari diRaih Melalui Filem Ola Bola

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Ola Bola yang telah di tayangkan pada 28 Januari 2016 telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 8 juta box office menerusi 120 pawagam di seluruh Malaysia termasuk Brunei. Sambutan memang memberangsangkan di mana pelbagai reaksi positif diterima oleh para peminat yang menonton. Ada juga yang berulang kali menonton filem Ola Bola ini. Rangka promosi untuk filem Ola Bola masih giat dijalankan oleh Astro Shaw. Sewaktu menonton Filem Ola Bola tidak ada erti perbezaan kaum di mana masing-masing bersorak ria sewaktu perlawanan bola sepak di tonton. Jeritan GOAL bergema didalam pawagam dan sebaik sahaja filem ini berakhir, para penonton bertepuk tangan menandakan berpuas hati dengan filem ini. Tidak kira usia, si kecil mahupun dewasa semuanya berpuas hati

#trending di Twitter

Filem ini ternyata memberikan impak besar di laman-laman sosial apabila pengguna memperkatakan mengenai filem ini. Secara keseluruhan, OlaBola berjaya mendapat melebihi 200,000 ribu pendedahan di media sosial. Malah filem ini telah menjadi trending sebanyak 9 kali di laman Twitter.

Melalui Youtube & Facebook 

Manakala jumlah tontonan trailer dari Facebook dan Youtube buat masa ini telah mencatat 1.6 juta tontonan dan dijangka meningkat hari demi hari.

Sinopsis Filem Ola Bola

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang  keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara. Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Filem Ola Bola

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Untuk perkembangan Terkini, klik

Ola Bola Website

Youtube Astroshaw

Facebook Astroshaw

Instagram Astroshaw

#kitepunye #kitepunyedotcom #filemolabola #olabola