MOVIE/TEATER

Rindu Bertemu Tuhan Dalam Slot Panggung Seri di TV1

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rindu Bertemu Tuhan Dalam Slot Panggung Seri di TV1 | Hayati kisah Azlan yang menemui titik perubahan hidup setelah didiagnos kanser dan dia bakal menemui ajalnya dalam telemovie Rindu Bertemu Tuhan bersiaran pada 14 April ini, pukul 9.00 malam.

Sinopsis Rindu Bertemu Tuhan 

Naskah hebat arahan Ahmad Hashim ini menampilkan Ana Dahlia, Zizan Nin, Ramona Zamzam, Kismah Johar, Lia Natalia dan Idris Mat Diah. Mengetengahkan watak Azlan, seorang CEO sebuah syarikat berjaya, asalnya seorang bayi yang diserahkan kepada rumah anak yatim tanpa mengenali siapa ibu bapanya.

Azlan mengalami kemurungan setelah mendapat tahu dirinya menghidap kanser. Bagi Azlan, hidup ini sudah tidak bermakna lagi walaupun berjaya mencapai matlamat yang diburunya. Hafizah, jururawat yang menjaganya di hospital mengajak Azlan pulang ke kampungnya untuk mengembalikan semangatnya.

Di kampung, Azlan baru merasai hidup berkeluarga dengan mempunyai ayah Hafizah sebagai ayah angkatnya. Azlan mula berubah pendirian dan pandangan apabila dia mengenali Sakinah, kakak Hafizah yang tabah melalui jalan hidup dalam kegelapan yang asalnya tidak buta tetapi berjaya menjadi seorang penulis.

Ketabahan dan keceriaan Sakinah membuat Azlan sedar dan sedia mengambil Sakinah sebagai isterinya dengan mengetepikan Camelia, bekas kekasihnya yang sentiasa mahu pulang ke pangkuannya.

Rindu Bertemu Tuhan Dalam Slot Panggung Seri di TV1

Sakinah mengandung, namun kegembiraan mereka hanya singgah sekejap. Tuhan lebih menyayanginya. Sakinah meninggal dunia selepas melahirkan anak sulung mereka. Camelia merelakan Azlan pergi bersama keluarga Sakinah dengan mengambil Hafizah sebagai pengganti tempat Sakinah dan menjadi ibu kepada anak mereka. Satu pemergian diganti dengan satu kelahiran.

 Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.