MOVIE/TEATER

Perlancaran Video Muzik Filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perlancaran Video Muzik Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.

Muzik Video Filem  “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”


Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.

Diantara scene didalam video muzikPerlancaran Video Muzik Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!" Yubi Band dan Upin & IpinPerlancaran Video Muzik Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”

Filem yang diterbitkan secara usahasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios, menggabungkan kepakaran animasi dan kesan khas antara kedua-dua studio yang terkenal di negara ini. Keunikan filem ini telah mendapat kepercayaan peneraju syarikat D’Herbs Holdings, syarikat kosmetik gergasi Malaysia, Dato’ Aliff Syukri yang merupakan peminat tegar Upin dan Ipin, untuk menjadi penaja utama. Dato’ Aliff , merasakan jenama “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” serasi untuk mempromosikan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak yang menjanjikan kegembiraan kepada pemakainya.

MV_UIJJJ_LAUNCHING_04

Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh FINAS iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI). Ia turut disokong oleh MDEC yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.

Perlancaran Video Muzik Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"Semestinya penaja-penaja ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan filem ini. Sempena promosi filem ini, pihak Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) turut melancarkan aplikasi khas “Augmented Reality” yang direka khas, membolehkan peminat Upin & Ipin berinteraksi bersama Upin dan Ipin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti iOS sekitar September 2016.

Trailer Filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”

Restoran Upin & Ipin di Subang Parade

Di majlis pelancaran ini juga restoran Lepak@Les’ Copaque turut dirasmikan. Restoran yang bertempat di Market Place, Subang Parade ini menyediakan hidangan istemewa Ayam golek Luar Biasa, Nasi Bubur Berlauk dan Yong Tau Foo. Pelbagai produk asli daripada animasi popular Upin & Ipin, Ultraman Ribut, Puteri dan Pada Zaman Dahulu keluaran LC Merchandising boleh didapatkan di sini.

Ishh tak sabar rasanya nak menonton Filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”. Ingat tau book tarikh di kalendar in advance supaya tak terlepas. Oklah KP nak sambung nyanyi .. aiyo..

Promo sikit Mobile Apps Upin & ipin

Layari

Website Les’ Copaque untuk informasi terkini

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #filemupinipinjengjengjeng #muzikvideofilemupinipinjengjengjeng #muzikvideo #upinipin