MOVIE/TEATER TERKINI

Perlancaran Filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

. Filem terbaru siri animasi popular Upin & Ipin yang diterbitkan secara usahasama antara Les Copaque Productions dan KRU Studios “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” bakal ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada November 2016 nanti.

Perlancaran Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

 

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan sebuah filem animasi Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Proses penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan proses pembikinan animasi pula dihasilkan oleh Les’ Copaque Production. Primeworks Distribution adalah pengedar rasmi filem ini selain mendapat sokongan penuh dari Pengarah Kandungan Kreatif dan Teknologi (MDEC), yang sentiasa menginginkan animasi sebagai penanda aras baru dalam lanskap teknologi. Filem yang menelan kos penerbitan mencecah RM4 juta mendapat pembiayaan FINAS di bawah Dana Kesan Khas (CGI).

Perlancaran Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Filem ini merupakan filem animasi pertama arahan pengarah terkenal Erma Fatima yang bergandingan bersama Hajjah Ainon Ariff, yang merupakan Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque Production. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” menampilkan Asyiela Putri, pemilik suara asal watak utama Upin & Ipin, Pelakon Wanita Terbaik Asia, Puteri Balqis, penyanyi rock tersohor Awie, Sara Ali, Gambit serta Remy Ishak sebagai barisan pelakon. Filem ini mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan dengan menggunakan teknik penerapan teknologi komputer grafik yang menggabungkan watak animasi dan watak manusia. Peminat-peminat Upin & Ipin bakal menyaksikan buat pertama kalinya watak kembar kesayangan mereka muncul secara nyata dan berinteraksi dengan karakter manusia.

Perlancaran Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Teaser filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” ini boleh ditonton di Youtube Les’ Copaque Production dan telah mencecah lebih 2 juta penonton setakat ini. Tambahan pula, jumlah langganan Youtube Les’ Copaque Production telah melebihi 800 ribu dan mendapat kedudukan tiga teratas sekali gus dinobatkan sebagai “Most Subscribed Youtube Channel in Malaysia”. Oleh itu, sempena ulang tahun Les’ Copaque Production dan siri animasi Upin & Ipin yang ke-10 pada tahun ini, siri animasi Upin & Ipin telah dialih Bahasa ke Bahasa Latin, Arab dan Bahasa Inggeris versi US bagi memenuhi permintaan peminat di peringkat antarabangsa.

Perlancaran Filem "Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!"

Ini KP sharekan Teaser Upin Ipin Jeng Jeng. Nak tahu selanjutnya kenalah tunggu update nya nanti ye

#kitepunye #kitepunyedotcom #upindanipin #upinipin #upinipinjengjeng