MOVIE/TEATER

PASKAL Sumbang RM100,000 kepada Tabung Kebajikan TLDM

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 PASKAL Sumbang RM100,000 kepada Tabung Kebajikan TLDM|Sempena kejayaan filem itu yang berjaya mencatat kutipan RM30 juta di pawagam, pelabur filem aksi ketenteraan ini menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Pelabur tersebut terdiri daripada syarikat produksi filem itu sendiri, Asia Tropical Films dan beberapa penaja lain.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee kepada Panglima Paskal, Laksamana Pertama Anuar Alias pada majlis Malam Penghargaan Paskal yang diadakan di Hotel Majestic semalam.

Menurut pengarah filem tersebut, Adrian Teh, sumbangan itu diberikan sebagai tanda penghargaan kru  kepada unit tentera itu yang telah memberi sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang mereka menjalani penggambaran filem tersebut.

“Sumbangan ini diberikan kepada TLDM kerana pihak mereka memberi sokongan yang sangat padu kepada kami selain memberi kepercayaan untuk kami menghasilkan filem ini.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan kebajikan anggota TLDM serta keluarga mereka,” katanya

Majlis itu turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan isteri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dan isteri serta Panglima Paskal, Laksamana Pertama Anuar Alias.

Filem Paskal dibintangi barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Theeban G, Henley Hii, Hafizul Kamal, Jasmine Suraya Chin, Namron, Amerul Affendi dan Datuk Eizlan Yusof. Paskal berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM 2 juta pada hari pembukaannya.

Secara rekod, filem yang diinspirasikan daripada kisah benar itu melengkapkan catatan kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta.

Mengenai Penulis

Mummy of 2 boy and girl. Family of October. Love cats, eating travelling and of coz to meet new friends. A blog about lifestyle since 2013. Any food review, product review or event feel free to email me at kitepunye2013@gmail.com

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge