MOVIE/TEATER

Nak Selamatkan Kelip-Kelip Macamana? Saksikan Semuanya di Girlfriend Kontrak

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1

Filem romantik komedi Grand Brilliance mempunyai rekod cemerlang dalam menghiburkan penonton-penonton dengan filem-filem romantik komedi yang berkualiti seperti ‘Istanbul Aku Datang’ dan ‘Sejoli’. Bagi meneruskan tradisi ini, Grand Brilliance akan menyajikan filem ‘Girlfriend Kontrak’ yang dijadualkan menemui penonton-penonton bermula 24 September nanti. Filem ini menjanjikan kelainan dengan sentuhan magis pengarah dari Australia, Virginia Kennedy.Filem Girlfriend Kontrak adalah filem penuh pertama arahan beliau yang sebelum ini terkenal dengan hasil kerjanya untuk iklan komersil dan muzik video. Virginia memulakan karier sebagai pereka grafik dan kemudian menceburkan diri dalam bidang kesan khas dan animasi. Filem pendek Virginia berjudul Thread, telah memenangi anugerah berprestij Mediatheques Prize di Clermont Ferrand Film Festival.

3

Menjadikan Kuala Selangor sebagai lokasi utama, filem yang mengambil masa sebulan untuk dirakam ini memaparkan elemen alam sekitar dengan menjadikan kelip-kelip atau kunang-kunang sebagai subjek utama dalam filem ini.

7

Filem Girlfriend Kontrak adalah filem pertama lakonan Keith Foo sebagai hero dan pelakon wanita utama filem ini, Risteena Munim,

8

Sinopsis Filem Girlfriend Kontrak

Mengisahkan tentang Alisa seorang gadis kampung yang meminati kelip-kelip. Alisa ingin menyelamatkan kelip – kelip yang ada daripada di musnahkan oleh syarikat milik seorang jutawan playboy, Umar. Monaki Development Corp Bhd telah mengambil Alisa berkerja dengannya untuk menangani kontroversi projek pembangunan milik Umar.Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar.

6Alisa harus mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk gangguan dari Farrah yang mahu menjatuhkannya, watak antagonis lakonan hebat penyampai radio paling popular tanah air, Farah Fauzana. Rancangan jahat Farrah turut disertai oleh Zain, bakal abang tiri Umar, lakonan Bront Palarae yang juga berniat untuk merampas kedudukan Umar dalam syarikat. Azad Jazmin, pelakon berbakat kelahiran Pulau Pinang yang melakonkan watak Harith, seorang lelaki metroseksual yang berkerja dengan Umar dan ditugaskan untuk mengubah imej Alisa, daripada gadis kampung, kepada wanita moden dengan personaliti menarik.
Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Trailer Girlfriend Kontrak

OST Girlfriend Kontrak

#kitepunye #kitepunyedotcom #girlfriendkontrak