MOVIE/TEATER REVIEW

Movie Day Out Bersama Para Pelakon “Zack Kapcai”, Rugi Tak Follow Kerana….

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah KP telah dijemput untuk turut serta di Movie Day Out bersama para pelakon “Zack Kapcai” baru-baru ini. Jemputan yang di beri dipenuhi bersama ahli keluarga KP yang ingin menonton filem keluaran yang ke 113 terbaru dari MIG Pictures dan movie day out ini dibuat khas untuk para bloggers. Terasa sangat exclusive dimana para pelakon bakal menonton bersama kami di panggung nanti.

Zack Kapcai Preview

 

Untuk movie day out “Zack Kapcai” kami semua berkumpul di Pak John Steambot yang terletak didalam eCurve sebelum kami menonton filem ini. Selepas mendaftar di meja pendaftaran, KP di usher untuk ke tempat dimana majlis akan berlangsung. Biasalah bila para blogger berjumpa pastinya agak riuh dan kecoh. Al-maklum bukan senang nak berjumpa mereka semua apatah lagi bulan puasa sudah sampai penghujung dan Syawal masih lagi berlangsung. Di kesempatan ini , masing-masing bersalam-salaman , bertanya khabar dan berkongsi cerita mahupun pendapat.

Movie Day Out Bersama Para Pelakon "Zack Kapcai"

Kami di jamu dengan steambot dan juga hidangan buffet yang ada di Pak John Steambot. Para pelakon seperti Serina Redzuwan, Epy Kodiang dan Julia Marin turut sama sertai kami sewaktu kami menjamu selera dan beramah mesra dengan para blogger. Mejar David Teoh tidak ketinggalan ada bersama dan sempat lagi memberi sepatah dua kata sebelum majlis berlangsung dengan harapan kami para blogger bakal ‘enjoy’ dengan filem yang akan ditonton.

Movie Day Out Bersama Para Pelakon "Zack Kapcai"

Oh ya tidak disangka juga di mana pada malam movie day out , masing-masing menerima Duit Raya dari Mejar David Teoh. betul tak tipu bukan untuk anak-anak kecil sahaja tau, ibu bapa pun turut serta dapat . Terima kasih tak terhingga buat Mejar David Teoh atas sumbangan ini kerana dah dapat turut serta dalam movie dayout dah kira cukup seronok dan kini ditambah lagi keseronokan untuk kami semua

Sedikit informasi tentang FIlem ke 113

Zack Kapcai Preview

Ianya adalah filem bergenre komedi aksi  dam diarahkan oleh arahan bersama Azaromi  Ghozali dan Rosli Mohd Taib.Zack Kapcai meletakkan elemen pemotoran sebagai subjek utama kali ini. Tidak lupa pada plot penceritaan yang masih mengekalkan elemem komedi disamping suntikan plot yang begitu dekat dengan masyarakat seperti persahabatan, kekeluargaan , kasih sayang dan sedikit percintaan juga yang diambil dari realiti kehidupan yang sebenar

Zack Kapcai Preview

Sinopsis Zack Kapcai

Filem yang mengisahkan  tentang  Zack (Fad  Bocey)  yang sangat  suka berlumba  motor.  Namun, minat Zack ini telah ditentang  keras  oleh  ibunya, Minah (Serina   Redzuawan).  Ini kerana bekas suami  Minah iaitu ayah  kandung  Zack  juga  merupakan  Raja  Kapcai  suatu  masa  dahulu.  Dek kerana gelaran Raja Kapcai inilah rumahtangga mereka berdua berantakkan dan seterusnya berpisah. Dalam satu perlumbaan antara Roy (Shuk SYJ) dan Zack, Zack telah memenagu Qistina iaitu motorsikal kesayangan kepunyaan Roy. Roy yang dahulunya kawan baik dan secara tidak langsung menjadi musuh kerana perlumbaan ini.

Zack Kapcai Preview

(nak tahu lebih lanjut klik entri khas didalam segmen movie/teater di blog KP : Zack Kapcai )Zack Kapcai Preview

Trailer Zack Kapcai

Layan tau trailer ni ..


ini KP kongsikan video yang telah dirakamkan oleh blogger Halim sempena moviedayout malam itu

Credit pada Halim Nadzeri atas video ini

Sekalung terima kasih buat Mejar David Teo, staff MIG Pictures dan juga Bro Framestone kerana tanpa jemputan pastinya KP tidak akan turut serta. Insyallah kalau ada lagi jangan lupa ajak tau