MOVIE/TEATER MUSIC

Menonton Filem COCO, Berlinangan Air Mata Disebabkan …

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Menonton Filem COCO, Berlinangan Air Mata Disebabkan …| Filem COCO mungkin dari posternya nampak ceria dan gembira tetapi apabila menonton hingga pengakhirannya pasti anda berlinangan air mata ( well ini adalah pendapat peribadi KP selepas menonton) Bukan filem animasi kartun yang biasa tetapi ada mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini . Walaupun bahasa tutur yang digunakan ada slang Mexico tetapi jangan risau kerana sarikata ada di bawah untuk anda memahaminya. Perhatikan warna-warna yang digunakan didalam filem dan satu pesan KP jangan miss walau satu plot pun kalau tidak pasti anda rugi. Tak rugi menonton sekali lagi terutama cuti sekolah sekarang kan .. so ini KP kongsikan … !!!

Sinopsis Filem COCO

Filem animasi ini berjudul COCO mengenai keluarga yang berada di Mexico.Bercerita mengenai Miguel, budak lelaki yang mempunyai minat mendalam dalam muzik dan ingin bermain alat muzik. Tetapi atas sebab kisah yang lampau keluarga Miguel tidak membenarkan beliau bermain muzik atau menyentuh alat muzik. Jadi kehidupannya adalah dengan mengilat sepatu dan ahli keluarganya pula adalah pembuat sepatu
Ada cerita disebalik kisah yang lampau kenapa keluarga Miguel membenci muzik kerana dipercayai secara turun-temurun yang muzik adalah sebuah kutukan. Ini ada kena mengena dengan kisah lampau. Miguel pula lain dimana beliau sangat kuat di hati ingin bermain muzik lebih-lebih lagi menjadikan Ernesto de la Crus , penyanyi lagenda yang sangat popular yang menjadi idolanya.
Miguel berasakan yang dirinya mempunyai bakat seperti Ernesto de la Cruz dan hampir setiap hari cuba untuk menjadi sepertinya . Tanpa di sedari oleh kerana tiruannya itu dia secara tidak sengaja telah memasuki didalam dunia Tanah Kematian . Disitulah pelbagai jawapan yang di cari dan terbongkarlah kisah tentang kisah lampau keluarganya dan sesuatu telah terbongkar mengenai Ernesto de la Cruz penyanyi pujaannya ? Apakah yang terjadi ?
Dapatkan Miguel pulang ke dunia asalnya? Masihkah dia dapat bermain muzik seperti yang diinginkan ? 

Trailer Filem COCO

Koleksi lagu dalam Filem COCO
iframe width=”560″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/x6FJd8LdGNw” frameborder=”0″ allowfullscreen>

Jadi jangan lupa untuk saksikan tayangan filem COCO di pawagam berdekatan. Jangan lupa bawa tissue lebih tau kerana….