MOVIE/TEATER

Lawak Live Penyatuan Semula Johan & Zizan Razak Di Astro Warna

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lawak Live Penyatuan Semula Johan & Zizan Razak Di Astro Warna |Sambutan hebat diterima oleh barisan program yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna seperti ‘Super Spontan’ dan ‘Maharaja Lawak Mega’ mendorong pihak saluran komedi ini untuk terus memantapkan seleksi kandungan programnya dengan memperkenalkan slot baharu, Lawak Live. Slot Lawak Live ini bakal menyajikan program-program variety yang akan bersiaran secara langsung.

Pelawak, pelakon serta pengacara yang tidak asing lagi, Johan dan Zizan Razak, diberi penghormatan untuk membuka tirai slot Lawak Live menerusi program ’JOZAN’ yang menyaksikan dua (2) figura popular ini bergandingan selaku pengacara program.

Bakal ke udara selama 40 minggu, ‘JOZAN’ akan bersiaran secara langsung selama satu (1) jam dari Studio 1, Astro pada setiap hari Selasa bermula 24 Julai 2018 jam 10.00 malam. Ia akan dipancarkan terus di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan untuk pilihan alternatif, ia boleh ditonton menerusi platform digital Astro GO dan ‘on demand’.

 

“Syukur Alhamdulillah, melewati pertengahan tahun 2018 ini saluran Astro Warna terus bergerak maju dan tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelbagai seleksi program komedi buat penonton sejak dari bulan Januari lagi. Kini, kami mengambil satu (1) Iagi Iangkah ke hadapan dengan memperkenalkan sebuah program terbaharu, ’JOZAN’ dan ia akan dikendalikan oleh gandingan duo yang cukup hebat dan popular, Johan dan Zizan Razak. Uniknya program ’JOZAN’ ini, ia merupakan satu-satunya program siaran langsung di Astro Warna yang tidak terikat dengan sesuatu format. Perkara paling utama dalam perjalanan program ini adalah kandungan yang memberi gelak tawa kepada penonton. Justeru itu, kami membawakan pelbagai bentuk pengisian hiburan komedi seperti nyanyian, sketsa, cabaran santai, debat komedi, bual bicara serta pelbagai lagi yang akan bertukar-tukar pada setiap minggu, bersesuaian dengan topik pada minggu tersebut.

Selain itu, penampilan pertama Johan dan Zizan dalam program ini pada 24 Julai kelak bakal menandakan penyatuan semula secara rasminya jenama ’JOZAN’ setelah enam (6) tahun mereka membawa haluan masing-masing dalam mencorakkan kerjaya mereka. Kini mereka kembali ke Astro Warna tempat permulaan kerjaya mereka berdua (2) sebagai anak seni yang lebih hebat, matang dan sarat dengan pengalaman untuk mengendalikan program mereka sendiri. Pastinya kehadiran semula gabungan duo yang pernah menggamatkan industri komedi tanah air suatu masa dahulu dinanti-nantikan oleh semua peminat.”

-Norzeha Mohd Salleh Pengurus Saluran Astro Warna

Jangan lupa temujanji anda ye setiap Selasa mulai 24 Julai 2018.



Mengenai Penulis

Mummy of 2 boy and girl. Family of October. Love cats, eating travelling and of coz to meet new friends. A blog about lifestyle since 2013. Any food review, product review or event feel free to email me at kitepunye2013@gmail.com

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

CommentLuv badge