MOVIE/TEATER

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmm.. Dah lama KP tak share tentang movie atau filem yang bakal ditayangkan di pawagam . Mesti ramai yang pernah tonton drama Juvana di TV3 bukan? Kali ini difilemkan sekali iaitu Juvana 3 : Perhitungan Terakhir. Ini adalah sekuel dari Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015),

Juvana 3 Perhitungan Terakhir

Masih lagi mengekalkan pelakon asal iaitu Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz kali ini ianya lebih kepada  drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terbabit dalam gejala sosial seperti gangster dan sindiket pelacuran

Sinopsis Juvana 3, Perhitungan Terakhir

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ?

Botak,Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri. Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki. Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi.

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ?Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh. Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ?

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain. Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain.

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ? Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

 

Trailer  Juvana 3, Perhitungan Terakhir

Juvana 3 ; Perhitungan Terakhir Adakah Filem Yang Terakhir ?

OST Drama Juvana