MOVIE/TEATER

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau “There You Are”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are" Dr Jessie Chung, penyanyi antarabangsa, aktres dan usahawan kelahiran Sarawak telah melancarkan album pertama beliau dalam bahasa Inggeris bertajuk ‘There You Are’ baru- baru ini. Beliau telah pun berjaya menakluki pasaran lagu bahasa Cina sebelum ini. album  ini merupakan percubaan sulung Dr Jessie ke pasaran bahasa Inggeris bagi meluaskan lagi kejayaan beliau. album daripada Dr Jessie Chung akan menampilkan tiga buah lagu “There You Are”, “Drive My Heart” dan “Someplace Honest”.Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are" “Saya tujukan album ini kepada bapa saya dan juga suami saya,” kata Dr Jessie Chung. “Saya mahu menyampaikan pesan kepada semua bahawa kita patut menghargai orang tersayang ketika mereka masih bersama kita. Saya harap melalui muzik saya dapat mendekati hati pendengar dan menyampaikan mesej ini.” Dr Jessie menambah, “Saya sangat bertuah kerana di kelilingi oleh ramai penyokong termasuklah orang tersayang, rakan-rakan dan sahabat handai. Atas sokongan merekalah saya dapat mengembangkan bakat saya yang ada. Saya tidak takut dengan perubahan dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya amat berterima kasih kepada para pendengar lagu-lagu Cina saya atas sambutan yang diberikan selama ini. Bagi saya sudah tiba masanya saya memasuki pasaran bahasa Inggeris dan membawa muzik saya ke peringkat antarabangsa.”Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are"

Dr Jessie telah menerbitkan tujuh buah album lain, antaranya Home, Loving You, Message of Love from the Moon, Love in You, I Just Fall in Love Again, dan Tearless Sky.  Lagu single beliau Love in telah dipilih sebagai lagu tema untuk siri TV Korea My Secret Garden di Taiwan. Album terakhir Jessie Chung telah melonjak naik ke tempat ke-4 dalam I Radio Top Hits Chart dan tempat ke-6 Pop Radio Top Ten Music Chart dalam masa dua minggu sahaja selepas diterbitkan di Taiwan. ‘

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are" “There You Are’ diterbitkan oleh Andy James Court, pemuzik veteran dari Australia yang terkenal dengan gaya rock ‘n’ roll di peringkat awal kerjaya beliau. Beliau telah memenangi lebih tiga puluh anugerah muzik antarabangsa dan merupakan penerima Anugerah Lagu terbaik 2015. Muzik video pula telah diarahkan dan diterbitkan oleh Elijah Cavanagh, pengarah filem dari Brisbane, Australia.

Pengurus artis Dr Jessie di Australia, Jonathan Timm berkata, “Sebagai pengurus artis, saya merasa bertuah dapat bekerja dengan Jessie dan memperkenalkan beliau ke pasaran Australia. Saya telah mendengar tiga buah lagu daripada album ini dan saya amat sukakannya. Apa yang membezakan lagu-lagu ini adalah semunya merupakan lagu-lagu besar yang boleh dinyanyikan di tempat yang besar seperti di stadium. Lagu-lagu ini ibarat lagu antem yang menarik minat penonton untuk dinyanyikan bersama. Video muziknya pula sungguh hebat. Penampilan video sangat kemas dan menarik, dan Jessie pula kelihatan cantik. Saya pasti para peminat akan teruja menyaksikannya.”

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are"

Encik Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura berkata, “Warner Music merupakan salah sebuah penerbit muzik terkemuka dunia dan kami mewakili para artis yang paling terkenal di Malaysia. Kami bangga menjadi rakan pengedaran Dr Jessie Chung untuk album bahasa Cina terakhir beliau, “Tearless Sky”, dan kini sekali lagi untuk EP beliau “There You Are”

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are"

Penerbit Andy memuji suara emas dan teknik vokal Jessie semasa rakaman dibuat yang melebihi jangkaan penerbit yang hebat ini. Beliau sangat gembira dapat bekerja dengan penyanyi kelahiran Sarawak ini. Semasa rakaman, Jessie dengan mudah dapat memenuhi semua permintaan Andy. Tona, pic dan emosi Jessie cukup sempurna dan enak didengar. Apa yang membuatkan Andy terkejut adalah walaupun Jessie tidak menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil, beliau telah dapat menjiwai seni kata dengan penuh bermakna sehinggakan mendapat pujian semasa sesi rakaman.

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are"

“Sukacita saya maklumkan bahawa EP ini akan disediakan untuk platform digital termasuk iTunes, KK Box, Spotify, Deezer dan Joox mulai 2 September 2016. Kami harap anda dapat menikmati lagu-lagu yang disajikan.” “There You Are” boleh dibeli secara digital melalui iTunes & KK Box, dan akan dijual secara fizikal di semua cawangan NHF di seluruh negara.

Jessie Chung Melancarkan Album Pertama Beliau "There You Are"

Jadi jangan lupa dapatkan koleksi album Jessie Chung sekarang