Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Flower Ring – Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton First |Berita baik buat para pencinta drama bersiri – Bermula Disember ini platform OTT #1 di Malaysia, tonton membawakan penstriman siri drama terbaharu Thailand, ayuh luangkan musim cuti dengan melakukan SATU-SATUNYA aktiviti kegemaran anda iaitu dengan “menonton”! Drama duo bersiri ini menampilkan Flower Ring, sebuah drama komedi ThaiFlower Ring - Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton First

Sinopsis Flower Ring

Flower Ring mengisahkan cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang skeptikal terhadap perkahwinan, namun akhirnya menjadi sahabat di sebuah majlis perkahwinan. Siri komedi ini menampilkan Waenpetch, seorang editor majalah Lovely Family yang berstatus bujang manakala Laising pula, adalah pemilik kedai bunga. Drama ini dibintangi oleh dua pelakon terkenal dari Thailand iaitu Gypso (Ramita Mahapreukpong) dan Push (Puttichai Kasetsin).Flower Ring - Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton FirstFlower Ring - Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton First

Berpegang kepada moto hidup “Kehidupan bujang adalah yang terbaik,” kedua-dua watak utama ini cuba membuktikan kebarangkalian cinta dan perkahwinan mampu terjadi di antara dua orang sahabat baik.

Mampukah persahabatan mereka membawa ke alam perkahwinan?

Terus tersenyum dan bergelak ketawa dengan menonton drama penuh emosi dan lucu ini sepanjang musim cuti menerusi siaran serentak dengan tayangan di Thailand, bermula 24 Disember 2017, episod baharu setiap Rabu dan Khamis di platform penstriman nombor satu Malaysia, tonton dalam definisi tinggi (HD).Flower Ring - Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton First

Sebanyak 26 episod yang setiap episod berdurasi selama 60 minit. Bermula pada 24 Disember 2017 dan akan ditayangkan pada setiap Rabu dan Khamis jam 1035 malam. Para pelakon adalah dari Thailand dimana antaranya adalah Puttichai Kasetsin (Push), Ramita Mahapreukpomh (Gypso) jua Arisara Tongborisuth  dan Thongwattana Dilok. Ianya ditayangkan serentak di negara Thailand dan bergenre drama komedi dan romantikFlower Ring - Drama Bersiri Komedi Thai Secara Serentak di tonton First

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, berkata,

“tonton sedia maklum kandungan premium yang bermutu adalah platform terbaik buat penonton meluangkan masa lapang dengan berkumpul bersama-sama pada musim cuti. Oleh sebab itu, kami membawakan dua pilihan drama terbaik kepada pelanggan setia untuk dinikmati bersama yang tersayang. Luangkan masa bersama yang tersayang dan bergelak ketawa menerusi drama popular Thai, Flower Ring dan juga drama Zahir Tak Terucap; yang pastinya akan menggamit perasaan penonton melalui kisah cinta hebat dengan tema cinta, pengorbanan, hasad dengki serta persengketaan dalam hubungan persaudaraan. Semestinya, dua drama yang berkualiti ini disiarkan dalam definisi tinggi (HD) di tonton, platform OTT #1 Malaysia!”

Tambah beliau lagi,

“Menerusi drama Flower Ring yang disiarkan secara serentak dengan tayangannya di Thailand , kami amat positif tonton mampu menjadi satu-satunya platform penstriman dalam talian untuk para penonton yang menghargai kandungan drama yang berkualiti.”



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge