MOVIE/TEATER

Filem Terbaru Hantu Kak Limah Mulai 9 Ogos Penuh Dengan Gelak Tawa

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Filem Terbaru Hantu Kak Limah Mulai 9 Ogos Penuh Dengan Gelak Tawa |Lirik “Enjit-enjit semut, siopa sakit naik atas” menjadi ‘trademark’ bagi karya Hantu Kak Limah Balik Rumah sehingga kini. Apatah lagi pengaruh kuat jenama Kampung Pisang selepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013) masih terus menerus disukai oleh semua lapisan usia, termasuk yang baru meningkat remaja sekarang.

Meneruskan francais Kampung Pisang yang ke empat, Astro Shaw dan Infinitus Gold mempersembahkan filem terbaru Hantu Kak Limah (HKL) yang akan mula menjengah pawagam mulai 9 Ogos 2018 di seluruh pawagam tanah air, Brunei dan Singapura.

Image result for filem hantu kak limah 2018

Pengarah prolifik, Mamat Khalid kembali mengilhamkan skrip serta mengarah naskhah terbaru HKL Sementara itu, watak ikonik francais Kampung Pisang iaitu pelakon Dato’ Awie sebagai Hussin dan Delimawati sebagai Hantu Kak Limah terus ditampilkan. Menariknya, watak mereka dikembangkan lagi mengikut kesesuaian jalan cerita. Kedua-dua pelakon ini menterjemahkan watak masing-masing dengan cara yang tersendiri

Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh menegaskan bahawa filem ini tidak sama dengan garapan filem terdahulu di mana ia menyajikan yang lebih humor. Disamping itu, penonton juga dihidangkan dengan adegan-adegan parodi dari filem yang diingati ramai serta mereka boleh menyaksikan lebih banyak karakter-karakter lain yang Kampung Pisang.

Image result for filem hantu kak limah 2018

“Mengambil latar Kampung Pisang, kali ini Hantu Kak Limah kembali menghantui penduduk kampung. Walaupun HKL menjual elemen komedi, namun turut diselitkan elemen narat kering gusi tatkala menonton buah tangan terbaru Mamat Khalid yang sarat dengan sindiran dalam komedi ini. Kami berharap penonton bukan sahaja boleh menikmati filem ini semata-mata tetapi berupaya membuat mereka bercerita sesama rakan mahupun keluarga tentang dialog serta jenaka persahabatan, penyatuan dan sedikit menyentuh sudut sosial masyarakat. Penonton pastinya tidak akan sejurus keluar dari pawagam,”

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan HKL adalah naskhah yang cukup dekat dengannya kerana beliau terlibat dalam semua francais Kampung Pisang. Apabila berpeluang bekerjasama sekali lagi dengan pengarah Mamat Khalid, sudah tentu pihaknya ingin mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk penonton serta industri. “Mamat Khalid tahu apa yang mdia inginkan dalam menghasilkan sesebuah karya. Jenama Mamat Khalid sangat melekat di dalam setiap karyanya kerana beliaulah yang bercerita, menulis dan mengarah dengan gaya yang beliau cipta.

Keunikan francais Kampung Pisang adalah naratifnya yang berpotensi untuk dikembangkan dan sentiasa relevan sepanjang masa. Harapan kami agar filem ini dapat menyumbang nilai hiburan yang baik serta memartabatkan lagi kualiti perfileman tempatan.

“Kami akui pihak kru produksi turut berhadapan dengan beberapa cabaran ketika menjalani penggambaran. Antaranya, lokasi penggambaran ketika di dalam hutan dan pada waktu malam serta melibatkan set dan props di tebing sungai,”

Masih menekankan elemen kemasyarakatan, naskhah ini turut disokong barisan watak baharu yang digerakkan oleh pelakon Zul Ariffin (Encik Solihin), Ropie (Nayan), Uqasha Senrose (Zaitun), Mus May (Bapak Bunian), Allahyarham Rab Khalid (Yeh Sekupang), Pekin Ibrahim (Musalman), Sharwani (Wani), TJ Isa (Khuda), Jue Aziz (Kamalia), Sabri Yunus (Abe Yie) dan ramai lagi. Istimewanya, Kampung Pisang menampilkan cameo dari figura popular tanah air Erra Fazira dan Dato Seri Vida. Setiap watak mempunyai dimensi karakter yang pelbagai warna dan menyumbang kepada jalan cerita. Malah, penonton juga bakal melihat sisi berbeza pelakon Zul Ariffin yang jarang muncul dengan watak komedi. Kemunculan Ropie . Jika lagu ‘Cinta Kristal’ dan ‘Lamunan Terhenti diselitkan dalam naskhah-naskhah sebelum ini, kini lagu ‘Srikandi Cintaku’ diangkat menjadi lagu tema HKL yang dinyanyikan oleh Dato’ Awie dan Mus May

Sinopsis Hantu Kak Limah

Hantu Kak Limah mengisahkan tentang Kak Limah yang baru berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda daripadanya. Namun kebahagiaannya hanya sementara kerana Kak Limah dijumpai telah meninggal dunia.

Image result for filem hantu kak limah 2018Kematiannya menjadi misteri. Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu oleh hantu Kak Limah. Sementara itu, Hussin dan rakannya melihat Kak Limah ada di rumah. Siapakah yang mereka temui sebenarnya? Mereka meminta bantuan Encik Solihin yang merupakan guru silat untuk memburu Kak Limah. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

Image result for filem hantu kak limah 2018

Trailer Hantu Kak Limah 

Jangan lupa temujanji kita pada 9 Ogos 2018