MOVIE/TEATER

Dorm Melati Filem Pembuka Tirai dari MIG

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dorm Melati filem seram dari MIG sebagai pembuka tirai bagi tahun 2017. Filem bergenre seram in terhasil berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuah pusat pengajian tinggi di sebuah negeri. Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh panel skrip MIG, olahan skrip serta jalan cerita yang terdapat didalam filem Dorm Melati ini dilakukan. Namun idea serta jonsep asal masih lagi dikekalkan bagi menjadikan filem ini sebagai sebuah naskah yang dekat dengan penonton. Malah elemen komersial turut diberikan agar ianya dapat diterima oleh peminat filem tempatan khususnya. Eyra Rahman sekali lagi menjadi pengarah memberi suntikan seram yang lain untuk filem ke 116 terbitan MIG iniDorm Melati Filem Pembuka Tirai dari MIG

Para pelakon yang turut terbabit dalam filem Dorm Melati membariskan bakat-bakat muda yang mula menonjol seperti Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan , Ikmal Amry, Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan bergabung dalam memberikan ang terbaik dalam filem ini. Pemilihan barisan pelakon in dilihat dari segi kemampuan serta bakat yang ada. Selain itu juga, Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan terlibat dalam pembikinan filem ini. Memilih Taipun serta Bukit Larut . Perak sebagai latar utama lokasi.

Sinopsis Filem Dorm Melati

5 sahabat baik, Adam(Aedy Ashra), Zafira (Nadia Aqilah) Eddy ( Aizat Hassan) Raihana (Ardell Aryana) dan Carol (Syaa Nasir) baru sahaja menamatkan peperiksaan STPM mereka dan memutuskan untuk melakukan aktiviti ” summer camp” buat beberapa hari sempena meraikan tamatnya zaman pembelajaran mereka di sekolah. Kerana begitu teruja denagn perkara extreme, Adam telah memutuskan untuk memilih DORM MELATI sebagai tempat percutian kerana dikatakan tempat itu agak mencabar dan digeruni. Beberapa orang yang pelajar dan seetengah pelancong yang ke Dorm Melati dikatakan telah di ganggu oleh Hantu Melati. Tiada siapa yang tahu punca kematian Melati hingga namanya sering menghantui . Adam yang sering mendengar tentang Melati bahkan sumber didalam internet juga mengatakan Dorm Melati in iberhantu dan membuat Adam rasa teruja untuk ke sanaDorm Melati Filem Pembuka Tirai dari MIG

Walaupun ditentang oleh 4 sahabat yang lain namun masing-masing tetap akur dengan keputusan Adam. Sesampai sahaja disana, seorang demi seorang mendapat gangguan dari hantu Melati Putih sama seperti yang di viralkan di dalam sosial media. Ada yang melibatkan kecederaan sewaktu diganggu lagi. Adam mencabar kewujudan roh Melatu yang sudah mati untuk munculkan diri . Penjaga Dorm Melati pernah berpesan

“jangan buang masa cari tempat lain , takut diri sendiri tak terjumpa”

Trailer Dorm Melati

Dari pesanan ini telah membuatkan mereka benar-benar hilang kawalan dan cubaan untuk keluar dari Dorm Melati adalah gagal . Keadaan menjadi tertekan apabila Zafira hilan secara tiba-tiba dikatakan disorok oleh Hantu Melati!! Apakah yang terjadi kepada Zafira? Adakah Melati akan memulangkan Zafira kepada rakan-rakan? Apakah sebenarnya terjadi?

Jangan lupa tandakan kalendar anda 12 Januari 2017 untuk mengetahui kesudahan filem ini