MOVIE/TEATER

Destinasi Selebriti diTV1 Selebriti Perkenal Keistimewaan Negeri Kelahiran

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Destinasi Selebriti diTV1 Selebriti Perkenal Keistimewaan Negeri Kelahiran13 selebriti pilihan bakal membawa hos Syed Aiman untuk meninjau tempat menarik, aktiviti rutin yang seronok dan biasa dilakukan oleh artis tersebut, dan lokasi makanan kegemaran di negeri kelahiran mereka dalam program terbaharu bertajuk Destinasi Selebriti mulai 12 November ini, setiap Ahad, pukul 2.30 petang di TV1.  

Selebriti yang terbabit ialah Zalif Sidek mewakili Terengganu, Fazreen Rafi (Pahang), Danny X- Factor (Kelantan), Ryzal Jaafar (Kedah),  Aweera (Perlis), Ruhainies (Pulau Pinang), Iqram Dinzly (Perak), Beego (Johor), Roy Azman (Melaka), Reen Rahim (Kuala Lumpur), dan Linda Rafar (Selangor). Istimewanya penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam turut berkongsi momen mengujakan beliau mengunjungi lokasi menarik dan mencuba menu istimewa terdapat di Putrajaya.

Syed Aiman dalam 13 episod program ini memulakan jurnal pengembaraan dengan mengundang Zalif Sidek menjelajah ke negeri kelahirannya Terengganu. Mereka mula dengan menunggang kuda dan menikmati makanan tradisional negeri ini. Kemudian, mereka melawat satu tempat hiburan unik di mana kontena-kontena lama diubahsuai menjadi gerai, iaitu Dapo PATA, yang menawarkan makanan yang enak berserta dengan hiburan muzik oleh ‘buskers’.

Seterusnya bersama pelakon Fazreen Rafi melawat lokasi menarik di Pahang, Chengal Hill Retreat di Janda Baik di mana mereka menyertai aktiviti luar rumah rumah seperti memasuki kolam untuk dan menghayati dari dekat beberapa jenis ikan yang sedang dipelihara. Seterusnya menguji kebolehan dalam aktiviti memanah sebelum ke Temerloh untuk menikmati menu istimewa ikan patin.

Jalan-jalan di Kelantan bersama Danny X- Factor melawat beberapa tempat antaranya Pulau Suri, dimana terdapatnya “floating market” menjual beraneka jenis makanan dan barang tempatan dari bot kecil. Pengalaman sukar dilupakan pastinya mengunjungi Sekolah Beruk, sebuah sekolah dimana beruk dilatih untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang dapat membantu manusia.

Kemudiannya pelakon Ryzal Jaafar pula berkongsi rasa teruja pulang ke kampung halamannya di Kedah antaranya mengunjungi Jeti Seberang Kota, tempat penjualan pelbagai jenis ikan,dan Muzium Padi Negeri Kedah yang menyimpan khazanah dan sejarah Negeri Kedah. terutamanya yang berkaitan dengan penanaman padi.

Seterusnya kembara di Perlis pula mengundang penyanyi Aweera melawat beberapa tempat yang menarik di Perlis seperti  Laksa Kak Su, Kuala Perlis dimana mereka mempelajari cara membuat dan merasa laksa Perlis Nat Moden Perlis sebuah pusat penjualan produk keluaran usahawan-usahawan tempatan. Ladang Zulkifli dimana mereka dapat mempelajari cara bagaimana air nira nipah dihasilkan. Mereka juga mempelajari sukan “woodball” yang popular dikalangan warga Perlis.

Bersama pelakon cantik Ruhainies pula menjelajah tempat yang menarik di Pulau Pinang seperti Escape Adventures, sebuah tempat rekreasi untuk peminat sukan ekstrim. Restoran Hameediyah, sebuah restoran yang ditubuh dalam tahun 1907, dan masih popular dengan nasi kandar dan murtabak goreng. Jeti Pulau Aman, dari mana mereka mereka menaiki bot untuk memancing ikan di laut.

Di Perak, Aiman bersama pelakon Iqram Dinzly memperkenalkan lokasi Felda Residence Hot Springs dan di sini mereka berdua menyertai beberapa aktiviti termasuklah merendam kaki dalam kolam air panas, merebus telur di kolam air panas, melakukan aktiviti memanah dan menunggang motorsikal khas ATV ke tebing sungai. Mereka juga singgah ke Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah untuk menikmati nasi bamboo (nasi yang dimasak dalam buluh) dan pelbagai hidangan tradisi yang istimewa di kawasan ini.

Ikuti banyak lagi penjelajahan dan perkongsian tempat istimewa seluruh negara dalam program ini di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.