MOVIE/TEATER

DEEN ASIMI – Kini Kembali Dengan Single Kedua ” Luka “

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kenalkah anda dengan penyanyi Dialah Wanita yang menjadi OST di dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah yang disiarkan ASTRO?. Ya, Deen Asimi adalah penyanyinya dan selepas berjaya mendapat tempat di hati pendengar kini tampil dengan single kedua bertajuk Luka.

deen-1

Untuk tampil dengan single kedua kali ini, pemilik nama Mohammad Izzudin Yusof mengambil masa hampir tiga tahun. Sepanjang tempoh itu Deen Asimi memanfaatkan masanya dengan memperbaiki mutu nyanyian sebagai persediaan untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanahair.

DEEN ASIMI - Kini Kembali Dengan Single Kedua " Luka "

“Selepas Dialah Wanita, saya ambil masa untuk mencari bahan yang sesuai bagi single kedua.

Single Dialah Wanita

“Saya juga belajar vokal dan muzik bagi meningkat mutu persembahan, ” kata penyanyi berusia 23 tahun itu.

Mengulas mengenai single keduanya Luka, pemuda berasal dari Kertih Terengganu ini berkata, terus memberi kepercayaan kepada Poji Samad.

DEEN ASIMI - Kini Kembali Dengan Single Kedua " Luka "

“Menerusi lagu Dialah Wanita, saya merasakan ada keserasian dengan Poji. Jadi saya terus memilih untuk terus bekerjasama dengannya.

“Lagu Luka ini berentak balada sudah mula disiarkan di beberapa rangkaian radio. Video klip pun sudah disiarkan di Youtube sejak Ogos lalu dan mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Single Terbaru Luka

Di samping menyanyi Deen juga kini bergelar usahawan dengan memiliki sebuah cafe berkonsepkan hipster yang diusahakan bersama adik beradiknya di Melaka. Jika tiada undangan nyanyian, Deen akan memberi tumpuan kepada kafenya Snapnsnack yang menyediakan sajian barat. Di kafe ini Deen menyediakan pentas mini dan dilengkapi alat muzik.

Sekiranya tidak ada jemputan Deen akan meluangkan masanya menyanyi di kafenya. Katanya, itu adalah satu cara buatnya membuat persediaan dan latihan nyanyian.

DEEN ASIMI - Kini Kembali Dengan Single Kedua " Luka "

“Alhamdulillah rezeki untuk saya sentiasa ada sama ada untuk majlis makan malam dan jemputan daripada pelbagai pihak.

Buat Masa ini Deen agak sibuk dlm usaha utk mempromosikan single ke-2 ini, dan amat berharap peminat-peminatnya terus memberikan sokongan buatnya.

Jadi anda semua, ini KP dah kongsikan lagu single terbaru Deen jadi jangan lupa dapatkan di pasaran ye.

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #deenasimi #newsinglerelease