MOVIE/TEATER MUSIC

Cover Song Filem Rajinikanth Ullala Dinyanyikan Oleh Penyanyi Malaysia

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cover Song Filem Rajinikanth Ullala Dinyanyikan Oleh Penyanyi Malaysia|Sempena dengan tayangan filem akan datang, majlis pelancaran lagu (cover song) bertajuk Ullala daripada filem Petta. Lagu ini  dinyanyikan oleh penyanyi tempatan, Azwan & Mu’adz. Mereka yang berbangsa melayu juga pernah menyanyikan sebuah lagu tempatan Tamil yang bertajuk “Azhagu” yang mendapat perhatian dan kepujian orang ramai.

Mereka sebagai peminat besar Superstar Rajinikanth berjaya menyanyikan lagu Tamil ini dengan  jayanya. Saran Z merupakan pengarah dan Sound Engineer bagi cover song ini selain menjadi komposer dan pengarah filem di Malaysia. Yuwaji pula sebagai pengurus projek ini dan pelatih penyanyi serta penulis lirik / skrip terkenal di Malaysia

Azwan bukan baru dalam bidang nyanyian dimana sudah berkecimpung sejak di bangku sekolah. Bukan itu sahaja terkenal dengan kepakaran dalam Tarannum dan pernah memenangi beberapa pertandingan sejak belajar. Bermula karier sebagai penyanyi di salah satu kumpulan nasyid iaitu “Fareast” sebagai vokalis. Sewaktu bersama dengan Fareast pernah menghasilkan 8 buah album dan mempunyai peminat tersendiri hingga kini

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, permiagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan merupakan milikan Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil ‘box office’ ke dalam pasaran Malaysia.

Antara filem yang pernah dibawa masuk ke Malaysia ialah Dilwale,  Thangamagan, Lingaa, Pitchaikaaran, Kanithan, Goal, Their, Kabali, Miruthan ,Singam 3, Adangamaaru, Tuppaki Munai, Κ.G.F Chapter 1, Thimiru Pudichavan, Sandakozhi 2, 60 Vayathu Maaniram, Irumbuthiral, Sketch, Chennai 2 Singapore, Indrajith, VIP 2, Thupparivalan, Kadamban

Daripada semua “blockbuster film” edaran Malik Streams Corporation, filem Kabali dengan lakonan Superstar Rajinikanth mencecah kutipan yang paling tinggi sebanyak 13 juta di Malaysia.Kini tibalah masa untuk melihat lakonan semula yang gempak oleh legenda filem Tamil, Superstar Rajinikanth dengan filem baru beliau. Superstar Rajinikanth akan kembali dengan filem terbaru bernama “Petta” pada 10hb Januari 2019.

Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan syarikat distribusi filem ini bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kami juga ingin mengatakan bahawa, dalam sejarah negara, kami merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa filem ini dimana tayangan filem ini di lebih daripada 22 negara antarabangsa yang mempunyai kadar peminat Rajinikanth yang begitu tinggi.

Selaku syarikat filem distribusi yang sah, Malik Streams Corporation telah bercadang dan merancang pelbagai promosi dan publisiti. Antaranya acara dan majlis promosi akan datang sempena dengan filem “Petta” adalah acara Guinness Book Of Record Attempt Largest Movie Poster on a Scaffholding di Kuala Lumpur.

Superstar Rajinikanth merupakan legenda filem Tamil yang tersohor di mata dunia, telah berlakon dalam 161 filem termasuklah filem bertajuk “Petta” yang akan dikeluarkan pada 10hb Januari 2019 di seluruh dunia sempena sambutan perayaan Ponggal. Filem “Petta” merupakan filem aksi berbahasa Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj dan dihasilkan oleh Kalanithi Maran (Sun Pictures). Filem ini dibintangi oleh Rajinikanth dengan pelakon-pelakon yang lain termasuk Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram. Lagu-lagu di dalam filem ini dikarang oleh Anirudh Ravichander

Rajinikanth mempunyai kadar peminat yang tinggi di seluruh dunia, termasuk negara kita Malaysia dimana peminatnya tidak mengira agama, bangsa dan budaya yang turut menunjukkan sambutan luar biasa dalam setiap filem yang beliau dibintangi. Beliau merupakan bintang filem yang mempunyai kadar peminat yang tinggi di Asia: Selepas kedudukan Jackie Chan, Superstar Rajinikanth merupakan orang kedua dalam mempunyai peminat yang tinggi di seluruh dunia.

Jangan lupa lock calendar tarikh 10 Januari 2019 ye