Sshhhh.. Hantu Bungkus Ikat Tepi Kat Pawagam Mulai April 9, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sshhhh.. Hantu Bungkus Ikat Tepi Kat Pawagam Mulai April 9, 2015 |Filem ke 102 dari MIG hasil buah tangan dari arahan Hashim Rejab bakal menemui penonton pada April 9, 2015. Genre komedi seram menjadi taruhan MIG kali ini kerana pernerimaan dan permintaan tinggi dari penonton keseluruhannya.

1

Ini menyebabkan komedi sekarang di anggap pilihan utama dalam industri perfileman tempatan dan mampu menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan penonton.

4

Hantu Bungkus Ikat Tepi adalah filem komedi seram di mana  menampilkan para pelakon seperti Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu dan Abam Bocey sebagai watak utama. Pemilihan Kumpulan Jambu iaitu Tauke dan Yus di samping Abam dari kumpulan Bocey menjanjikan persembahan yang segar. Konsep “Spoof”bagi setiap filem terbitan MIG yang di selitkan dalam filem ini menajanjikan kelainan yang diselitkan juga elemen komedi. Antara pelakon lain yang terlibat ialah Farid Kamil, Adiba Yunus, Ruminah Sidek, Zalif Sidek, Epy, Atikah Suhaime dan Niezam Zaidi.

Sinopsis Hantu Bungkus Ikat Tepi

5

Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) nampak seperti berani tetapi mereka mempunyai watak yang berlainan. Ianya bermula apabila mereka secara tidak sengaja menjumpai mayat yang belumuran darah sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Takut, dan terkejut menyelubungi mereka bertiga akan tetapi Fendi dalam keadaan panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki.Untuk menghapuskan cap jari masing-masing, mereka bertiga mengambil keputusan sepakat untuk membungkus dan menanam mayat tersebut. Sebagai tanda, mereka membungkus mayat dan diikat tepi kepala mayat dengan getah berwarna merah.

3

Selepas kejadian itu gangguan demi gangguan menghantui mereka bertiga. Pelbagai kejadian pelik berlaku seolah-olah hantu bungkus ikat tepi itu menghantui mereka untuk meminta jasadnya di sempurnakan. Kehadiran Mimie (Nora Danish) jiran sebelah rumah mereka pada mulanya untuk membantu dan akhirnya terjebak sama dalam mencari penyelesaian masalah ini. Kehadiran hantu bungkus ikat tepi membuatkan mereka berempat menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat.

2

Siapakah pembunuh sebenar?

Dapatkah mayat itu di jumpai?

Dapatkah mereka berempat menyelesaikan masalah ini dengan segera?

Trailer Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi

Nak tahu kesudahan kenalah tonton di pawagam yang berdekatan mulai April 9,2015. Gelak memanjang nonton filem kali ini.

#kitepunye #kitepunyedotcom #mig #hantubungkusikattepi #komediseram

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top