Movie: Kelibat, Filem ke 97 Terbitan MIG di pawagam November 6,2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KELIBAT…

Hilang Ghaib Ku Sangka Mati,

Kalau Mati Mana Kuburnya?

kelibat1

Filem ke 97 terbitan MIG kali ini mengetengahkan elemen yang selalu menghantui dan menjadi igauan kebanyakan manusia iaitu Kelibat. Kelibat di hasilkan setelah mengkaji filem-filem seram yang dihasilkan selama ini. MIG yakin dengan permnintaan terhadap filem bergenre seram kerana ia lebih bersifat universal.

Hashim Rejab sebelum ini menghasilkan filem Nasi Tangas (Nasi Kangkang) amat berkeyakinan bahawa peminat filem bergenre seram akan berpuas hati dengan garapan yang di hasilkan dalam filem ini. Filem in menggabungkan pelakon berpengalaman seperti Fauzi Nawawi, Elly Suriaty & Ruminah Sidek dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Atikah Suhaime, Niezam Zaidi, Shima Anuar dan Fadzlan Hazim. Adik Nur Qistijna di perkenalkan untuk menambahkan lagi suspen dalam filem ini.

Sinopsis filem ini:

KELIBAT mengisahkan tentang sebuah keluarga KAMAL ( Fauzi Nawawi) dan KALIN (Elly Suriaty) bersama anak merea AZAHARI (Niezam Zaidi), AZALIA (Atikah Suhaime) dan AZMIRA (Nurqistina) yang terpaksa berpindah kerana perniagaan Kamal jatuh muflis serta banglonya di lelong dan semua asetnya dibekukan. Kamal membawa keluarganya ke sebuah rumah jauh dari orang untuk penempatan sementara tanpa memberitahu keluarganya

download (1)

Akhirnya isterinya Kalin, mendapat tahu yang Kamal membawa mereka lari dari Ah- Long dan Kalin sememang tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka bakal miskin dan tidak boleh menerima hakikat mereka akan tinggal di resort seram itu. Kehidupan mereka kini sudah berubah, tiada lagi kemewahan dan mereka terpaksa hidup bersederhana. MAK MAH (Ruminah Sidek) dan penjaga rumah tersebut bersama cucunya LINDA (Shima Anuar) bersedia menerima keluarga Kamal sebagai penyewa baru. Dalam itu, Azahari berkenalan dengan Linda dan mula terbit rasa cinta antara mereka namun cinta mereka tiada penghujungnya.

Kamal semakin tertekan dengan desakan kewangan dan anak isterinya yang tidak mahu memahami masalahnya. Setiap hari Kamal di hentam dengan rasa ketidakpuasan hati isteri dan anak-anak kepadanya, Dalam pada itu, di dalam resort tersebut, ,keluarga mereka di ganggu dengan kelibat-kelibat yang sering menghantui keluarga mereka saban hari. Setiap dari masalah itu membuatkan Kamal terdesak untuk membuat satu keputusan yang mengubah takdir keluarganya?

download

Apakah yang dilakukan Kamal dan mampukah dia sekeluarga menghadapi dugaan yang dashyat itu? Bagaimanakah hubungan Azahari dan Linda? Adakah Azahari dan Azalia dapat menerima kenyataan yang mereka tidak lagi berada dalam kemewahan?

Saksikan trailer KELIBAT

Semua jawapan ada di dalam filem KELIBAT. Jom kita saksikan beramai-ramai di pawagam mulai November 6,2014

#kitepunye #kitepunyedotcom #filemseram #kelibat #migpictures

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top