Movie: Kaki Kitai “Kan Gua Dah Cakap Gua Tipu” , Memang Terbaik    

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau sebelum ini MIG menayangkan filem seram tetapi kali ini MIG tampil dengan kelainan iaitu filem bergenre komedi. Filem Kaki Kitai adalah filem Metrowealth (MIG) yang ke 98 terbitannya. Sebuah filem yang baru dan segar mengikut kehendak penonton terkini. Jika di sebut Kaki Kitai, pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud Kaki Kitai. Apakah yang cuba di sampaikan oleh pihak MIG tentang filem ini? Kaki Kitai di ambil dari bahasa pasar yang sering di gunakan bagi menggambarkan individu yang suka menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dengan kata lain, Kaki Kitai bermaksud kaki tipu.

Kaki-Kitai-medium

Kaki Kitai kali ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie,Along Eyzendy dan juga Epy Kodiang. Emily Chan pelakon baru MIG juga berlakon di dalam filem ini disamping Zalif Sidek, Faith Zakie dan Your. Jalinan antara komedi dan aksi yang disampaikan juga seakan dekat dengan jiwa penonton. Komedi yang diterapkan dalam filem ini disampaikan secara bersahaja oleh pelakon-pelakon yang hebat ini.

Amiro Ghazali, seorang pengarah muda di bawah Skim Pengarah Muda MIG dan filem Kaki Kitai merupakan filem pertama beliau. Menjadi tanggungjawab dan amalan MIG unuk memberi peluang kepada pengkarya muda untuk membuktikan kebolehan mereka. Syabas MIG atas peluang yang diberikan

kaki kitai 3

Sinopsis Filem Kaki Kitai

Mengisahkan tentang 2 orang sahabat GRENGGO/DIN (Shahziey Sam) & AYOI (Fezrul Khan) yang kurang cerdik datang dari kampung dan cuba berlagak pandai. Din pula sudah 3 tahun menetap Kuala Lumpur. Kisah bermula apabila Din menyambut Ayoi yang baru tiba dari kampung di stesen bas. Mereka dengan tidak sengaja telah mengganggu operasi pihak polis yang sedang bertugas dan telah menimbulkan kemarahan INSPEKTOR FARID ( Farid Kamil). Inspektor Farid kebetulan adalah sahabat baik Din & Ayoi sewaktu di bangku sekolah. Ada sahaja karenah mereka yang telah mengganggu kerja Inspektor Farid hingga beliau telah di tegur oleh pihak atasan.

maxresdefault

Mafia Geng Lidi yang di ketuai oleh BRANCO (Adam Corrie) menyimpan dendam terhadap Inspektor Farid lalu menculik MIMI (Emily Chan) anak DATO’ JAMAL (Kapten Md Nor). Mimi adalah tunang kepada Inspektor Farid. Mafia Geng Lidi meminta duit tebusan jika mahu Mimi selamat dan Inspektor Farid perlu membuat plan untuk menangkap penculik itu. Segala plan di rancang dengan teliti agar tidak terbongkar seperti di mana duit itu mahu diletakkan.

kaki kitai 5

Segala plan yang di rancang akhirnya kencudang apabila Din & Ayoi dengan tiba-tiba telah mengambil duit tebusan itu dengan tidak sengaja. Din & Ayoi telah menggunakan duit tersebut untuk membayar segala hutang piutang dan yang selebihnya di belanjakan. Di sebabkan ini, Din & Ayoi menjadi buruan pihak polis dan juga Mafia Geng Lidi. Geng Lidi berjaya menangkap Din & Ayoi dan inginkan duit tebusan yang sepatutnya menjadi hak milik mereka akan tetapi duit itu di curi oleh pihak Ah Long. Geng Lidi memberi tempoh kepada mereka untuk mendapatkan balik duit dalam masa 3 hari.

download (3)

Dalam masa 3 hari untuk mendapatkan balik semua duit tebusan?

Bagaimanakah dengan Mimi,adakah Mimi berjaya diselamatkan?

Adakah Inspektor Farid berjaya untuk menangkap penculik Mafia Geng Lidi?

Jika nak tahu kesudahannya, jangan lupa ramai-ramai ke panggung pada November 20, 2014 untuk sama –sama bergelak ketawa dan menyaksikan kesudahannya.
JOM KAKI KITAI DI PANGGUNG NOVEMBER 20, 2014. 


 credit picture: hyebro.com

#kitepunye #kitepunyedotcom #kakikitai #MIG #filem #gelak

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top