Cicakman 3 Kembali di Panggung Wayang Untuk Peminat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cicakman 3 Kembali di Panggung Wayang Untuk Peminat | Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz merupakan gabungan  barisan pelakon popular garapan dari 2 pengarah terkemuka tempatan iaitu Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar dalam filem terbaru iaitu Cicakman 3

17 34

. Ianya juga kolaborasi studio-studio gergasi tanahair KRU Studios, Grand Brilliance dan juga Astro Shaw. Cicakman 3 bakal menggegarkan panggung mulai Mac 12, 2015 di mana masih mengekalkan genre aksi komedi dengan lawak jenaka yang lebih lucu, aksi yang mantap dan juga elemen drama yang menyentuh hati.

38 153

Kali ini bandaraya Metrofulus menjadi saksi dengan hasil yang lebih kemas melalui penggunaan CGI di KRU Studios yang kini sudah masuk tahun yang ke 10 dalam bidang penerbitan filem. Menurut pengarah bersama filem Cicakman 3, Ghaz Abu Bakar, “Gabungan dua pengarah di dalam satu set penggambaran jarang berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, Cicakman 3 merupakan filem yang besar dan saya jua Yusry sering bertukar pendapat semasa penulisan skrip, penyediaan papan cerita, di lokasi penggambaran dan hasilnya memang cukup kemas dari pelbagai sudut.

160 164

Cicakman 3 mempertaruhkan Zizan Razak sebagai Man yang menjadi Cicakman baru meneruskan legasi adiwira yang pernah di popularkan oleh Saiful Apex. Selain dari Lisa Surihani dan Fizz Fairuz, filem ini dibintangi oleh Bell Ngasari, Azizah Mahzan, Rashidi Ishak, Adam Corrie dan pelakon cilik Rykarl Iskandar

Cicakman 3 - Final Poster

Sinopsis Cicakman3

Man, seorang bapa yang bersifat keanak-anakannya telah menyebabkan isterinya, Linda seorang bekas penyanyi terkenal bosan dengan sikapnya lalu mahu menuntut cerai.Man kecewa kerana terpaksa berpisah dari isteri dan anaknya Boboy, lalu cuba membuktikan yang dia mampu berubah. Keadaan Man semakin tertekan apabila Adam, seorang anggota polis yang juga merupakan rakan persekolahan Man dan Linda dulu, cuba memenangi hati Linda.

172 176

Satu perkara berlaku lantas merubah hidup Man apabila dia menemui sebuah kotak rahsia kepunyaan Cicakman yang terkandung serum istimewa yang mampu memberikan kuasa luar biasa kepadanya. Dengan menggunakan serum tersebut, Man cuba belajar untuk menjadi Cicakman yang baru.Namun, kehadiran Cicakman tidak lagi dianggap relevan di Metrofulus selepas kemunculan hero baru, Super-Bro. Man kini berada dalam misi untuk mengembalikan kepercayaan penduduk Metrofulus terhadap Cicakman di samping mengembalikan kepercayaan isteri dan anaknya kepada dirinya sendiri.

Berjayakah Cicakman merampas kembali zaman kegemilangannya?

Bagaimana penerimaan Super Bro terhadap Cicakman?

Siapakah Super Bro sebenarnya?

Nak tahu jawapan jom layan trailer?

#kitepunye #kitepunyedotcom #cicakman3 #krustudio #grandbrilliance #astroshaw

1 thought on “Cicakman 3 Kembali di Panggung Wayang Untuk Peminat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge