Misteri Dilaila Bakal Terbongkar Mulai 21 Februari 2019 Di Pawagam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Misteri Dilaila Bakal Terbongkar Mulai 21 Februari 2019 Di Pawagam|Astro Shaw dan Skop Productions sekali lagi berganding bahu dalam sebuah filem thriller misteri. Filem ini adalah arahan Syafiq Yusof dimana bakal ditayangkan di semua pawagam mulai 21 Februari 2019.

Kerjasama antara dua penerbitan filem ini setelah menyaksikan kejayaan filem Abang Long Fadil 2. Tercetusnya hasil idea filem ini kerana minat yang mendalam terhadap genre thriller misteri dan menonjolkan kelainan dalam industri perfileman. Antara pelakon yang turut terlibat adalah Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Nam Ron, Dato’ Rosyam Nor, Sasqia Dahuri dan Mas Khan

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan keseluruhan skrip. Untuk idea dan insipirasi sahaja memakan masa hampir 2 bulan untuk menulis. Terujanya saya kerana sudah lama tidak membuat filem sebegini”

-kata Syafiq

Manakala Zul Ariffin adalah pilihan pertama pengarah bagi menggalas watak Jefri. Dilabel sebagai “King of Plot Twist” oleh penggemar filem di Malaysia, Syafiq enggan di label sebegitu kerana beranggapan masih dalam proses pembelajaran. Masil lagi gemar membuat skrip yang berlainan dan jua menimba ilmu dalam proses penghasilan skrip

“2018 meninggalkan kenangan manis buat Astro Shaw dimana kutipan keseluruhan filem terbitan kami melebihi RM100 juta. Ia adalah satu pencapaian luar biasa. Tahun ini Misteri Dilaila membuka tirai dan diharap ia dapat menjadi pembuka kepada kejayaan antara kerjasama Astro Shaw dan Skop Production. Kerjasama akan diteruskan dengan penghasilan filem Abang Long Fadil 3 bakal memulakan penggambaran Mac 2019”

-Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro

Sinopsis Misteri Dilaila

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth Tan) bercuti di banglo di Bukit Fraser. Malam pertama di sana Jefri di ganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya Jefri mendapat tahu isterinya hilang. Bantuan dari Imam Aziz (Nam Ron) membawa berita gembira. Dia memberitahu yang isterinya sudah di ketemui dengan keadaan selamat

Jefri bagaimanapun terkejut kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukanlah isterinya. Wanita itu mengaku yang dirinya ialah Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran dimana siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ini

Trailer Misteri Dilaila

Saksikan di pawagam mulai 21 Februari 2019



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top