Merdeka Kaw Kaw! Laungan Patriotik Merdeka Oleh Coolblog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merdeka Kaw Kaw! Laungan Patriotik Merdeka Oleh Coolblog |Sambutan bulan kemerdekaan tahun ini pasti membawa seribu satu makna baharu bagi kita seluruh rakyat Malaysia. Dalam suasana PKPB yang mengajar kita untuk beradaptasi kepada gaya hidup norma baharu. Walau sedikit canggung pada awalnya, tetapi kita bersatu hati dibawah satu bendera untuk keselamatan negara kita yang tercinta. Melihat akan sambutan Merdeka kali ini bersifat ekstra istimewa, Coolblog dengan bangganya melancarkan siri minuman terbaharu yang diberi nama Merdeka Kaw Kaw Series.

Merdeka Kaw Kaw Series.

Siri khas sempena merdeka ini mengangkat dan mengambil ilham dari hidangan minuman sedia ada. Yang menjadi kegemaran sepanjang zaman rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan budaya. Merdeka Kaw Kaw Series oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Chocolate Kaw Kaw, ABC Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw.

Siri terbaharu Coolblog ini pasti mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia yang rata-rata membesar dengan rasa enak minuman koko di waktu pagi sebelum kita ke sekolah atau saat-saat gembira kita menghirup air batu campur bersama keluarga tercinta dan juga betapa sinonimnya secangkir teh tarik dengan ceritera kita; bangsa Malaysia.


Dengan taktik komunikasi – Jom Kita Merdeka Kaw Kaw Dengan Coolblog!. Mesej utama kempen ini secara tidak langsung mengajak seluruh warga Malaysia. Untuk menghayati dan menyambut kemerdekaan kali ini dengan lebih meriah walaupun kita hidup dalam norma baharu. Kita telah menempuh jauh perjalanan sejiwa, setanahair sejak tahun 1957.

Tahun ini sekali lagi membuktikan lebih dari yang sebelumnya bahawa kita harus tetap bersatu. Bahawa dengan sokongan, dorongan dan kasih sayang yang kita miliki antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan latar belakang.  Kejayaan pasti menjadi milik kita Jiwa Malaysia dalam usaha kita melawan pandemik global ini. Semangat ekstra istimewa merdeka tahun ini akan menjadi lebih lengkap dengan adanya Merdeka Kaw Kaw Series.

Series Untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Tepat dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, Merdeka Kaw Kaw Series Coolblog ini akan berada dipasaran bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2020. Dijual pada harga RM7.80 sahaja bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan seluruh Malaysia. Dengan perisa Chocolate Kaw Kaw, ABC Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw. 3 perisa paling digemari oleh rakyat Malaysia yang melambangkan keunikkan kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan budaya


“Tema Merdeka Kaw Kaw Series yang kami lancarkan pada hari ni diharapkan dapat membawa kembali nostalgia. Dan juga bagaimana minuman kegemaran semua yang menyatukan kita secara unik sebagai bangsa Malaysia Malaysia. Tidak salah jika ditafsirkan bahawa menu minuman ikonik seperti coklat (koko), air batu campur dan juga teh tarik melambangkan jati diri bangsa. Serta simbol perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Perisa & Sijil Halal

Kerana itulah, kami memberi nafas baharu serta suntikan nilai komersil kepada menu minuman bangsa Malaysia ini. Maka terhasil lah Chocolate Kaw Kaw, ABC Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw. Kami berasa terpanggil untuk memperkenalkan Merdeka Kaw Kaw Series sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 dan juga Hari Malaysia.

Ini kerana ianya adalah salah satu cara kami sebagai sebuah syarikat korporat di Malaysia menyokong usaha dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ini juga adalah cara kami melaungkan semangat Merdeka sebagai syarikat penuh milik anak Malaysia. Selain itu antara syarikat minuman kategori smoothies pertama di Malaysia menerima status Halal JAKIM. Menawarkan produk berkualiti kepada rakyat Malaysia.”

-kata Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog.

Facebook : https://www.facebook.com/coolblog.my/
Instagram : https://www.instagram.com/coolblogmalaysia/



About The Author

1 thought on “Merdeka Kaw Kaw! Laungan Patriotik Merdeka Oleh Coolblog”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top