Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahun ini Malaysia bakal menyambut tahun ke – 59 Hari Kemerdekaan. Dengan sambutan ini, Grand Bluewave Hotel Shah Alam bakal menganjurkan Merdeka Hi-Tea pada 31 August 2016. Tiada keraguan tentang hotel ini dimana ianya mendapat sijil HALAL dari pihak yang berkenaan. Lokasi Merdeka Hi-Tea kali ini diadakan di Royal Songket salah satu restoran yang terdapat didalam hotel ini.
Antara hidangan yang bakal di jamu oleh pengunjung apabila menikmati Merdeka Hi-Tea di sini ialah ;
Pembuka selera seperti pelbagai salad dan sayur-sayuran segar dengan sos cicah (dressing), ada juga salmon, dada ayam yang telah dipanggang.
Ada juga Ikan Stim yang di masak dengan sos soya dan halia. Baunya sahaja menyelerakan . Bukan ini sahaja ada pelbagai Dim Sum boleh di pilih untuk di jamu nanti di Merdeka Hi-Tea
Ini antara menu yang diminati oleh KP iaitu Udang Goreng Mentega Daun Kari. Kelainannya ialah dimasak sekali bersama daun kari
Asam Pedas Oxtail . Lihat sahaja penuh dengan sayur-sayuran seperti bendi , tomato dan bunga kantan
Puyuh Goreng Berempah . Lagi garing lagi sedap makan dengan nasi putih atau nasi steam yang berasap
Hidangan lain yang ada seperti Laksa Johor, Chinatown Yong Tau Foo, Penang Char Kuey Teow, Daging Masak Hitam Pulau Pinang bakal memberi pilihan kepada para pengunjung.
.Western menu pun ada. Ini diantaranya Sliced Honey Roasted Leg of Lamb. terbaik tu Pada yang ingin menikmati makanan jepun ada juga , Tempura Moriawase with Dipping Sauce. Fried Udon Jepun dengan Shitake Mushroom,.Antara pilihan KP juga bila menikmati hidangan disini
Pencuci Mulut atau Dessert
Macaroon yang sedap dan comel
Puding yang disediakan
Kek pelangi atau rainbow cake .. memang sedap
Antara hidangan pencuci mulut yang ada Cream Caramel, Fruit Jelly, Keju Tart, Cream Brulee lazat, Hot Vanilla Pudding, Bubur Cha Cha, Caramel Pop Corn dan banyak lagi. Untuk minuman pula jangan risau ada kordial , minuman panas seperti teh dan kopi ada disediakan
Harga Pakej Merdeka Hi-Tea
RM 68.00+ (Adult) tahun ke atas;
RM 45.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas;
RM 35.00+ (Kanak-Kanak) 4 – 11 tahun
Hanya pada 31 Ogos 2016 (Rabu) Masa: 12.00 tengah hari – 4.00 petang
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi Restoran Royale Songket di talian 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Boleh juga layari di
Terima kasih atas jemputan dan jangan lupa tau hubungi no di atas untuk tempahan
#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #merdekahitea #grandbluewavehotelshahalam
wow..semua masakan nampak menyelerakan..sedap sedap semua ni
doa qunut recently posted…Doa Qunut Bacaan dalam Arab, Rumi dan Maksudnya