Mentor Millenia 2019, Cuma Tinggal Empat Orang Sahaja!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mentor Millenia 2019, Cuma Tinggal Empat Orang Sahaja!~ “Konsep Mentor adalah memberi tempat kepada para protege yang terbaik untuk peringkat akhir, tidak kira siapa mentor mereka. Pemilihan empat yang terbaik dibuat melalui juri dan juga undian awam, dan memang untuk tahun ini kami telah membuat keputusan mengambil empat finalis disebabkan beberapa faktor seperti durasi. Jika kami ambil seorang protege dari setiap mentor, ia seolah-olah kami sudah rancang pertandingan ini dan akan timbul perasaan tidak puas hati,” kata Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia.

“Kami terbuka jika dua protege dari mentor yang sama dapat melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi kami turut pemilihan pihak juri dan undian awam. Minggu terakhir, para finalis perlu melakukan dua persembahan; solo dan duet bersama mentor mereka. Tahniah kepada para finalis Mentor Milenia 2019 dan kami harap semua dapat berikan persembahan mereka yang terbaik untuk musim ini.” tambah Muhamad Sufian Isa.

Dengan pemarkahan yang diberi oleh para juri dan dari undian awam, empat protege yang mara ke peringkat akhir ialah Apex Tajudin (Hazama), Daus Husny (Ernie Zakri), Rika Riana (Stacy) dan Aedy Kama (Black). Malang sekali, Sharee Lopes (Akim), Arayn Malek (Hazama) dan Yazrul Arrep (Ernie Zakri) tidak terpilih untuk sertai rakan seperjuangan untuk bertarung di peringkat akhir.

Separuh akhir Mentor Milenia 2019 menampilkan tema medley dan membuka tirai dengan mentor Ernie Zakri bersama Syamel yang menyampaikan lagu Takkan Terlerai. Persembahan protege bermula dengan Sharee Lopes, protege kepada Akim yang menyanyikan lagu Sumpah & Tak Ada Logika (penyanyi asal Aina Abdul & Agnes Monica). Menurut Altimet, ia adalah satu persembahan yang baik tetapi ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. 

Seterusnya Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri, salah seorang dari para finalis telah menyanyikan lagu My Way & Selangit (penyanyi asal Frank Sinatra & Mas Idayu). Daus yang pada minggu sebelumnya dalam tangga tercorot berjaya keluar dari zon tersebut dan telah melakukan persembahan yang baik. 

Rika Riana, protege kepada Stacy, yang minggu lepasnya bersama Daus Husny di tangga tercorot juga telah buktikan yang beliau layak memasuki peringkat akhir Mentor Millenia 2019. Menyampaikan lagu Luka Dilukai & Pakai Buang (penyanyi asal Shima & Stacy), Rika persembahkan lagu dengan baik sekali dan disokong koreografi yang bagus yang membantu pemarkahan beliau. 

Juara mingguan sekali lagi dan secara tidak langsung melayakkan beliau ke peringkat akhir, Apex Tajudin, protege kepada Hazama menyampaikan lagu Diari Hatimu & Dinda (penyanyi asal Dato’ Siti Nurhaliza & Kugiran Masdo). Pementasan yang menarik dengan penceritaan beliau dari seorang busker jalanan hingga menjadi seorang bintang di Mentor Milenia menjadi tumpuan orang ramai.Malam diteruskan dengan persembahan bertenaga dari protege Black, Aedy Kama membawa lagu Peronda Jaket Biru & Romancinta (penyanyi asal Wings & Mojo). Susunan lagu yang amat berani dengan gabungan dua genre berbeza tetapi berjaya persembahkan vokal Aedy dengan baik sekali. 

Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri yang setiap minggu menunjuk peningkatan, telah menyampaikan lagu Bayangan Tarimu & Jadi Aku Sebentar Saja (penyanyi asal Carefree & Judika). Malangnya persembahan beliau pada malam tersebut seakan terlalu selamat dan tidak menempatkan beliau di peringkat akhir.

Arayn Malek, protege kepada Hazama menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku & Sesungguhnya Aku (penyanyi asal Alif Satar) dan telah melakukan persembahan yang terbaik beliau buat malam ini tetapi nasib tidak menyebelahi beliau dan tidak bersama rakan seperjuangannya Apex di peringkat akhir.

Separuh akhir Mentor Milenia 2019 menutup tirainya dengan persembahan oleh Syamel dengan lagunya Curang serta persembahan medley oleh para protege dengan lagu Sampai Bila (penyanyi asal Misha Omar)  dan Donde (penyanyi asal Andi Bernadee) dalam versi keroncong. 

Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia. Saksikan pentas akhir Mentor Milenia 2019 pada hari Ahad, 15hb Disember, pukul 9.00 – 11.30 malam dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM) hanya di TV3. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.



vv

About The Author

1 thought on “Mentor Millenia 2019, Cuma Tinggal Empat Orang Sahaja!”

  1. Pingback: Konsert 4G’s: Black, Hazama, Tomok & Akim Bakal Menggemparkan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top