Meniti Takdir di TV1 Kisah Benar Cabaran Guru Mengajar Di Pendalaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Meniti Takdir di TV1 Kisah Benar Cabaran Guru Mengajar Di Pendalaman| Cuti persekolahan sepanjang Disember ini pastinya setiap ibu bapa ingin mengucapkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada para guru atas jasa sumbangan mereka mendidik anak-anak sepanjang tahun. Pengorbanan golongan ini sememangnya sangat dihargai.
Mengangkat latar kisah berlaku di sebuah sekolah tentang pengorbanan seorang guru yang mengabdikan dirinya kepada masyarat sehingga ke akhir hayatnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi tayangan telemovie menyayat hati bertajuk “Meniti Takdir” pada 22 Disember ini, pukul 3.05 petang di TV1.

Sinopsis Meniti Takdir

Apa yang menariknya telemovie ini diaspirasikan daripada kisah benar seorang guru yang berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran mengajar di sebuah sekolah pendalaman di Pelagus, Kapit, Sarawak sekitar tahun 80an. Menampilkan gandingan pelakon Fir Affandi, Fariz Dzahhilmi Muhd Pariza, Richard Mathias, Melati Melissa dan Rozzie Mila, plot ceritanya bermula dengan memperkenalkan watak utama iaitu Cikgu Shamsudin yang dihantar mengajar di pendalaman Sarawak. Dia berkhidmat dengan
begitu dedikasi dan disayangi murid-muridnya.

Bagaimana pun hubungan rapatnya dengan teman sekerja, Cikgu Lina telah mendatangkan cemburu kepada Roland, tunang Cikgu Lina. Pada masa sama kehadiran Cikgu Shamsudin juga tidak disenangi oleh Ben, pekerja sekolah yang menganggap cikgu dari bandar tidak ikhlas bertugas di pendalaman. Sadom pula merupakan murid yang nakal di sekolah dan selalu tidak membuat kerja rumah. Apabila Cikgu Shamsudin berjumpa dengan ayah Sadom iaitu Apai Unggat dan memberitahu tentang anaknya, Apai Unggat tidak dapat menerima teguran terhadap anaknya.


Apai Unggat mula memusuhi Cikgu Shamsudin dan merancang tindakan jahat untuk menyingkirkan Cikgu Shamsudin dari kampung tersebut. Cikgu Shamsudin dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap murid perempuan dan beliau telah dipukul oleh orang-orang kampung. Rumah tempat tinggalnya juga telah dicerobohi.
Cikgu Shamsudin menaiki perahu kecil untuk keluar dari kampung tersebut. Perahu yang sama juga telah ditumpangi oleh Apai Unggat dan Sadom. Di pertengahan perjalanan sungai telah bergelombang dengan kuatnya mengakibatkan perahu mereka karam.

Ketika itu Cikgu Shamsudin cuba untuk menyelamatkan Apai Unggat dan Sadom tetapi malangnya dia sendiri telah tenggelam dan lemas. Adakah diriya berjaya diselamatkan?
Mampukah segalanya mengubah persepsi penduduk setempat yang ilmu itu penting kepada anak-anak mereka? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top