McDonald’s Lancar Program Buku Happy Meal Terbaru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

McDonald’s Lancar Program Buku Happy Meal Terbaru|McDonald’s telah melancarkan Program Buku Happy Meal dalam usaha menggalakkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat dan meraikan keseronokan membaca di Malaysia. Program ini disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim di McDonald’s Kota Damansara

22

“Saya sangat berbesar hati kerana McDonald’s telah memperkenalkan Program Buku Happy Meal yang bertujuan memupuk masa berkualiti bersama keluarga dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini sememangnya selari dengan objektif kementerian untuk membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang kukuh. Ini kerana ia merupakan asas untuk membina sebuah negara yang berjaya. Program seperti ini sangat dialu-alukan oleh kementerian kerana ia memberi banyak kebaikan kepada masyarakat kita,”

kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

“Program Buku Happy Meal McDonald’s adalah satu platform yang menggalakkan kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga. Kami juga ingin menggalakkan ibu bapa supaya meluangkan masa berkualiti dengan membaca bersama anak-anak mereka. Sebagai sebuah restoran keluarga, kami sentiasa komited untuk mempromosikan nilai- nilai positif demi mengukuhkan institusi kekeluargaan. Dengan sokongan kementerian, kami yakin bahawa Program Buku Happy Meal mampu memberikan keseronokan membaca kepada semua keluarga di seluruh Malaysia,”

kata Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Stephen Chew.

23

Program Buku Happy Meal juga bertujuan menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan generasi muda. Untuk membina bangsa yang celik huruf, menggalakkan kanak-kanak supaya membaca sejak kecil lagi adalah sangat penting. Justeru, pengenalan program buku yang bermatlamat menambah baik kadar celik huruf rakyat Malaysia memang tepat pada masanya. McDonald’s menawarkan buku-buku terbitan DK dalam hidangan Happy Meals, sekali gus menyediakan satu platform terbaik untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan ahli keluarga.25

Bukan itu sahaja, McDonald’s juga akan menyumbang sebanyak 10,000 naskah buku Happy Meal kepada pelbagai organisasi kebajikan dan rumah-rumah anak yatim demi memastikan material bacaan itu dapat digunakan oleh mereka yang kurang bernasib baik. McDonald’s berharap sumbangan tersebut dapat membantu menarik minat kanak- kanak untuk membaca pada usia semuda mungkin. Sumbangan akan diberi secara berperingkat-peringkat kepada semua penerima di seluruh negara. Sepanjang hujung minggu, McDonald’s akan menganjurkan satu siri aktiviti berorientasikan keluarga di semua restoran terpilih di seluruh negara. Aktiviti-aktiviti itu termasuklah pertandingan bercerita, Book Time with Ronald McDonald dan berjumpa dengan para penulis buku tempatan. Aktiviti-aktivti tersebut direka khas untuk merangsang persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan buat seisi keluarga.

24

“McDonald’s komited untuk menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan buat semua keluarga di restoran-restoran kami. Semua kakitangan di di restoran-restoran kami bersemangat untuk mencipta momen-momen indah dan menyeronokkan, bukan sekadar melalui makanan, tetapi pengalaman McDonald’s secara keseluruhannya. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan di restoran, kami harap dapat memainkan peranan demi membina ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh dalam masyarakat kita,”

tambah Stephen.

Untuk mengetahui restoran mana yang mengadakan aktiviti hujung minggu sila layari

Website McDonalds : http://www.mcdonalds.com.my/

Hmmm.. bolehlah kunjungi restoran yang terpilih untuk sama-sama turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang di anjurkan


#kitepunye #kitepunyedotcom #mcdonalds

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top