Marrybrown Egg-Stra Padu Salted Egg Wajib Cuba!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Marrybrown Egg-Stra Padu Salted Egg Wajib Cuba!~ Jika anda pembaca setia blog KP pastinya anda tahu yang KP memang minat pada hidangan yang bercirikan salted egg atau sos telur asin. Bila dapat tahu saja ada menu terbaru di mana-mana pasti kaki akan melangkah untuk mencuba sama ada sedap atau tidak . Kali ini ada menu terbaru dari Marrybrown yang dinamakan Egg-Stra Padu Salted Egg.

Egg-Stra Padu Salted Egg

Untuk kali ini Marrybrown memperkenalkan 2 menu terbaru dimana mengikut trend terkini iaitu hidangan berupakan sos telur asin. Rasa pedas,manis dan masin and apalah hidangan telur masin tanpa bauan dari daun kari yang wajib ada. Pilihan samada nak set ayam atau burger siap dengan air kalau tak tahan pedas dan  ditawarkan dengan set menu sampingan . Malas nak beratur , boleh jer order sebab ada penghantaran ke rumah. Menu yang terbaru iaitu

Salted Egg Ayam

Ayam goreng dihidangkan panas-panas disaluti dengan rempah, sos telur asin dan aroma daun kari membuka selera untuk di nikmati.

Kentang putar [mashed potato] & coleslaw bersama pilihan air minuman lemon tea Heaven & Earth melengkapkan hidangan. Bertanya tentang harga set ini, ianya harga mampu milik bermula dari RM 15.90 .

Salted Egg Burger

Egg-stra’ padu nama yang diberikan sesuai seperti hidangan ini. Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken bergabung dengan watak utama iaitu sos telur asin untuk anda yang tidak menggemari ayam goreng. Jangan terkejut bila menikmati isi ayam digoreng garing bersama limpahan sos telur asin yang lemak-lemak masin dan berkrim. Hanya RM 15.00 anda dapat burger, kentang goreng dan air minuman lemon tea Heaven & Earth.

‘Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran. Ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra.

Kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini.
Kami berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown. Merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan.

-kata Dato ‘Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown;

Sehingga kini, terdapat 500 outlet Marrybrown di 16 buah negara.  Dengan objektif untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kualiti, servis, kebersihan dan pulangan nilai yang hebat dalam sajian yang ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari:-
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my



About The Author

1 thought on “Marrybrown Egg-Stra Padu Salted Egg Wajib Cuba!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top