Majlis Persandingan Anak Bonda Rozita – Aiman & Pasangan Meriah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Majlis Persandingan Anak Bonda Rozita – Aiman & Pasangan Meriah| Nikah sudah dan persandingan belah pihak perempuan pun sudah. Kali ini 27 Oktober 2019 menjadi tarikh majlis persandingan untuk belah pihak lelaki. Pasti ada yang tertanya perkahwinan siapakah ini? Ini adalah majlis persandingan antara Aiman Hazeem dan Siti Nurhafizah. Mendapat restu dari bonda tercinta dan majlis berlangsung dengan meriah dimana para tetamu masing-masing hadir dengan busana klasik di Dewan Perdana Felda.

Sewaktu sidang media berlangsung, sempat lagi Bonda Rozita berkongsi dimana hanya dengan sekali nafas sahaja Ajim yang berusia 23 tahun ni telah sah menjadi suami kepada Siti Nurhafizah. Andai kata 2-3 kali memang malulah. Lawak bersahaja dari Bonda di hadapan anak-anaknya.

Ada yang bertanya dengan melihat sendiri keindahan dewan yang berkonsepkan rumah hutan dan istana ratu atas permintaan Bonda Rozita sendiri. Ini disebabkan Istana Ratu di rumah hutan milik Bonda Rozita masih belum siap jadi persandingan berlangsung di Dewan Perdana Felda. Sempat lagi para tetamu dihidangkan dengan sketsa pendek dimana kedua pasangan pengantin serta Bonda Rozita memegang watak dalam hikayat Melayu purba.

Jika berkongsi tentang persiapan perkahwinan, memang tidak dinafikan dimana sejumlah wang yang besar dibelanjakan untuk meraikan kedua mempelai. Kos keseluruhan majlis adalah sebanyak setengah juta tidak termasuk doorgift dan cabutan bertuah berubah bag berjenama dari DS Alif Syukri. Bertanya tentang hadiah buat pasangan pengantin, Bonda memilih untuk menghadiahkan sebuah Mercedes Benz kepada Aiman Hazeem.

Bakal mengadakan empat majlis resepsi termasuk majlis di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Bonda menjemput seramai 1000 orang jemputan dan antara tetamu jemputan adalah Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor. Bonda Rozita sempat berseloroh dimana mereka juga tidak menerima sebarang penaja dan memang tidak hairan kerana kesemua mereka ahli perniagaan yang cukup berjaya dan diseganiBonda Rozita menerima Siti Nurhafizah yang juga merupakan salah seorang kakitangan syarikat beliau menjadi menantu. Memang rasa tersentuh bila DS Alif Syukri dan Kak Long Yati bercerita mereka bertukar-tukar menjaga Ajim sejak bayi sementara Bonda Rozita sibuk mencari rezeki.  Begitu cantik dan utuh hubungan adik beradik ini walau berlainan bapa dan begitu jugak akrabnya hubungan mereka anak beranak walau mereka merupakan pesaing dalam bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan.

Ingin tahu lebih lanjut tentang mereka ahli perniagaan yang disegani lagi berjaya boleh ikuti

Bonda Rozita – https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim/

Dato Seri Alif Syukri – https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/

Yatie Sendayutinggi – https://www.instagram.com/yatie_sendayutinggi/

 


About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top