Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain Pada 6 Mei 2018 |Bergelar anak seni selama lebih daripada tiga puluh tahun nyata membuktikan kredibiliti, reputasi, serta popularity beliau sesuatu yang tidak boleh disangkal. Anuar Zain, satu nama yang tidak asing lagi dalam industry seni hiburan kini bakal menghiburkan peminatnya di selatan tanah air dalam satu majlis makan malam amal di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. 

Peminat Anuar Zain pastinya masih mengingati kehangatan lagi Andainya Takdir yang telah menghampiri enam juta tontonan di laman YouTube. Kehangatan yang sama akan berulang di majlis makan malam yang bakal mengamit kenangan peminat Anuar Zain yang pastinya merindukan kelunakkan suara penyanyi kacak ini secara langsung. Dengar cerita Anuar Zain akan mendendangkan lagu-lagunya dengan petikan piano, dan semestinya akan menjadi sesuatu yang menarik pada malam itu.

Selain daripada Anuar Zain, majlis makan malam amal ini turut dimeriahkan dengan kemunculan Zamani Slam sertai Fauzie Laily dari Singapura sebagai penyanyi jemputan.

“Kita datangkan khas Anuar Zain, serta Zamani dan Fauzie Laily supaya peminat merekan bukan sahaja dari Malaysia malah Singapura juga dapat berhibur sambil beramal Bersama ibu mereka pada malam itu sempena Hari Ibu,”

kata Afendi Hassan, Pengarah Eksekutif E&F Event Resources selaku penganjur majlis makan malam amal Anuar Zain Sepetang Bersama Bintang.

E&F Juga akan memberikan sumbangan kepada yang memerlukan melalui Yayasan Lace Dato Rokiah. Yayasan Lace Dato Rokiah ditubuhkan bertujuan untuk membantu orang yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, warga emas, serta ibu tunggal di Johor Bahru. Yayasan ini juga membina pusat tahfiz, dan masjid untuk keperluan komuniti Islam di Johor Bahru.

Jualan tiket untuk majlis makan malam amal Anuar Zain Sepetang Bersama Bintang akan mula dijual pada Mac ini dengan harga RM298, RM398, RM598, RM798, RM998, dan RM1,598. Untuk menempak tiket dan mendapatkan maklumat lanjut, peminat tegar Anuar Zain, Zamani Slam dan Fauzie Laily boleh melayari
Website Ticket Charge : www.ticketcharge.com.my

Faceboook An Evening with Stars (https://www.facebook.com/aneveningwiththestars/)


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge