LuLu Super Friday Kini Kembali Hingga 6 Disember 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LuLu Super Friday Kini Kembali Hingga 6 Disember 2020| LuLu kini bukan di Capsquare saje tetapi ada juga di 1Shamelin Kuala Lumpur. Kalau anda pembaca setia mesti anda tahu dimana LuLu antara tepat dimana KP suka shopping. Harga yang senantiasa murah dan selalu mengadakan promosi. Pelbagai pilihan ada disini.

LuLu Super Friday

Kini LuLu sedang mengadakan promosi dari 23 November hingga 6 Disember 2020. Yang menarik dengan promosi kali ini adalah diskaun sehingga 70% ditawarkan untuk pelbagai pilihan produk. Dari barangan keperluan rumah, teknologi, mainan, pakaian mahupun di ‘groceries’. Macam tagline “Super Products, Super Deal”.

Apa kata jom ikut KP untuk pusing-pusing cari barangan promosi sempena LuLu Super Friday. Meh kite mulakan dari tingkat atas sekali.

Barangan Elektrik & Teknologi

Pelbagai pilihan boleh dipilih di bahagian elektrik. Mana taknya barangan seperti periuk nasi, microwave oven. Televisyen Sony 65′ 4K Android hanyalah RM3299 daripada harga asal iaitu RM4299.
Blender cili atau pun juicer jenama Panasonic pun sedang sale . Waranti macam mana? Eh ada waranti lah jangan risau.
Antara yang menjadi idaman adalah vacum dari jenama Sharp ni.. Warna merah memikat hati sungguh. Tunggu ku pinang ke cashier ye!
Kalau nak mencari telefon bimbit atau komputer riba mahupun pencetak ada juga. Akesori untuk ini pun ada sekarang dengan tawaran diskaun yang terbaik. Power bank dijual serendah dari harga RM30.
Tak perlu pergi jauh kat LuLu Supermarket pun ada jual jual Iphone 12
Nak komputer riba tinggal pilih yang mana berkenan di hati . Terus pi bayar. Dapat barang percuma lagi.
Untuk yang ada anak-anak masih bersekolah, kalau belum ada lagi pencetak boleh ke sini untuk cari satu. Wajib ada di rumah sekarang nie. Al maklum belajar dari rumah kerana PKPB kan.

Mainan 

Bahagian yang pasti buat ibu-bapa tak senang duduk. Termasuklah KP . Tengok apa yang KP jumpa. Dahlah yang pertama. Harga pula murah walaupun selected item. Ada penuh bakul nie.

Nak set mainan seperti block atau golf set pun ada.

Keperluan Rumah

Untuk mak-mak pula ini adalah kawasan yang dinantikan. Tambahan barangan di dapur untuk membahagiakan seisi di rumah dengan memasak.

FLGranite Cookware set perkakas memasak ini selepas diskaun cuma RM299. Harga asal pula RM399 jadi masih berbaloi untuk dibeli . Pulak tu warna merah. Dari jauh dah nampak.

Perkakasan dapur dan juga barangan perhiasan rumah seperti karpet antara yang dicari. Tetapi KP pula cari pinggan mangkuk baru. Sempena Krismas atau Tahun Baru.

Set Peril Noire nie KP dah ada cawan minum pagi. Jadi bolehlah tambah koleksi yang lain macam pinggan nasi atau mangkuk sup. Haissss… macam bertambah ajer isian dalam bakul nak ke cashier.

Habis di tingkat 2 jom ke tingkat 1 pula untuk tengok diskaun apa yang ditawarkan pula di bahagian fesyen.

Fesyen, Kasut & Beg Tangan

Sempena dengan Lulu Super Friday, pelbagai jenama pakaian dewasa  wanita, lelaki mahupun kanak-kanak ditawarkan dengan potongan diskaun yang hebat. Di tingkat 1 nie , semua fesyen seperti pakaian lelaki , wanita dan kanak-kanak diskaun 30% .

Untuk koleksi pakaian lelaki dari jenama seperti Eten, Sin Denim, Tom Smith, Sunnex, Twills, Debackers, Zeyrek dan Xemberg.

Untuk pakaian wanita jenama seperti Eten, modernform, Ladies Fashion dan pelbagai lagi ditawarkan sehingga 30%.

Yang ini pula bahagian kanak-kanak ada juga diskaun. Untuk  jenama pakaian kanak-kanak O’Dear diberikan diskaun hebat iaitu 50%, manakala jenama Ruff diskaun sebanyak 30%.

Untuk bahagian beg tangan pula, tawaran diskaun diberikan sebanyak 30% diskaun untuk yang terpilih.

Jenama seperti Eten, Joh Louis, Cortigiani dan Debackers sempena dengan Lulu Super Friday.

Di bahagian kasut pula ada pilihan tertentu untuk diskaun ye

Atlanta, Tag Basic dan pelbagai lagi dengan diskaun 30% dan 40%.

Sketchers, Reebok dan New Balance menawarkan diskaun sebanyak 35%.

Banyak pilihan kan .. Baju , seluar dah sempat sambar 2 helai. Nie pula nak beli skechers yang 50% diskaun. Moh lah kite pi ke supermarket kat tingkat bawah untuk penuhkan peti sejuk dirumah .. hahahah

Produk Segar dan Barangan Harian

Sempena Lulu Super Friday terdapat produk yang ditawarkan dengan harga rendah. Sudahlah sebelum ini dijual dengan harga yang rendah kini dengan diskaun bertambah murah ye.

Susu Goodday Full Cream, Low Fat, Chocolate dan Strawberi ditawarkan RM4.95

Susu Nestle Every Day. Untuk 1.kg (Percuma 200g) harga asal adalah RM47.90, tapi sepanjang kempen berlangsung ianya hanyalah RM38.49.

Peminat Beras Basmathi jenama Sunflower jangan lepaskan peluang . Dari RM 60 kini cuma RM 37.90 sahaja. Ini harga mampu milik sebab 5kg ye .

Minyak Naturel Sunflower pun ramai yang berebut nak beli sebab dari RM 28.90 cuma RM 19.90. Tawaran pula hingga 6 Disember.

Peminat air Barbican jangan lupa ke sini .. Dari RM 4.99 cuma RM1.99 sahaja.Maximum  4botol seorang ye

kek karamel jenama Luppo yang kita boleh beli dengan harga RM4.95 iaitu 50% diskaun daripada harga asal iaitu RM9.90.

Ini adalah jenama yang terlibat sempena kempen LuLu Super Friday. Coklat Kit Kat, Beras Cap Saga, Beras Cap Sunflower, biskut White Castle, sabun Dynamo, sabun Top, sabun Good Maid dan pencuci pinggan Joy antara jenama yang terlibat didalam kempen Lulu Super Friday!!!!

Tengoklah harga tu . Turun banyak juga lebih kurang RM9.++

Dengan harga penjimatan serta pemberian ganjaran rugi kalau tak berbelanja di LuLu Supermarket sempena LuLu Super Friday. Dalam setiap pembelian ada juga hadiah dan juga voucher Lulu Hypermarket yang bakal menarik perhatian anda bila berbelanja.

Selain itu kenapa KP suka ke sini sebab semua ada di bawah satu bumbung. Untuk tahu lebih lanjut tentang promosi boleh layari, 



1 thought on “LuLu Super Friday Kini Kembali Hingga 6 Disember 2020”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Scroll to Top