Lulu Hypermarket Kini di Buka di 1Shamelin Cheras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lulu Hypermarket Kini di Buka di 1Shamelin Cheras|Pada yang selalu mengikuti entri KP antara tempat yang selalu KP pergi untuk membeli barang basah atau dapur adalah LuLu. Lulu Hypermarketu antara yang mempunyai banyak pilihan pada barangan tertentu. Jika di Kuala Lumpur Lulu Hypermarket bersebelahan dengan Jakel Mall kali satu lagi outlet baru dibuka di 1Shamelin Cheras.

Pembukaan Lulu Hypermarket & Department Store di Tingkat LG 1 Shamelin Cheras merupakan cawangan yang ke 174 di dunia dan cawangan kedua yang dibuka di Kuala Lumpur Malaysia. Seluas tapak 80,000 kaki persegi keluasan kali ini dan pada anda yang belum mengetahui dimana jenama Lulu sendiri dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perasmian cawangan terbaharu itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Di Lulu Hypermarket & Department Store, boleh dikatakan semuanya ada dibawa satu bumbung. Berlainan dengan di Kuala Lumpur, 1Shamelin Cheras mempunyai satu level sahaja tetapi beberapa kategori. Antaranya barangan dapur, bahkan segala kelengkapan rumah, peralatan elektrik dan pakaian ada dijual.
Outlet kedua ini bakal mendapat sambutan dengan promosi yang diadakan sempena hari pembukaan dan bakal di sambut dengan promosi mingguan di 1Shamelin dan juga di Kuala Lumpur.
Barangan Dapur
Nak cari ayam yang dah siap marinate dengan pelbagai perisa ada. Sedap sebab boleh terus bakar ataupun goremg ikut pada kesukaan. Pilih dan timbang … Jangan lupa bayar pula tau
Yang ini memang laki keras. RM 2.99 sekilo ayam . Mana nak dapat. Ramai yang usha tempat nie sampai sesak sekejap.
Nie antara port yang ramai diserbu. Ramai yang tak percaya telur harga asal RM 10.99 turun RM5.99 .
Nampak tak pakat-pakat dok ambil. KP lak kata nanti lah dulu nak pusing-pusing, patah balik habis sudah telur..
Ready to Cook
Anak-anak KP memang gemar pizza dari LuLu. Pelbagai pilihan dan semestinya segar ye .
Untuk pemanis mulut .. warna-warni kek kan
Roastery 
Wajib singgah tau sebab ada diantara makanan yang ada disana di import khas dari luar negara. Kekacang semua ada seperti cashew nut, pistachio (pelbagai) dan kurma antara favourite KP
Nampak tak tu kekacang yang ada. Boleh duduk sini dalam sejam dua untuk memilih . Pasti masakan anda enak kan
Peminat kopi jangan khuatir di sini pun ada juga arabica coffee atau coffee mix biasa.
Coklat siapa tak suka. Cuba tengok tang harga tu
Dari tinggi terus jadi paling bawah dah. Sebab cuma RM 2.50 sepaket. Makanan wajib ada untuk hujung bulan kan?
Siapa suka beras Jasmine, nie tawaran baik untuk anda. Untung lebih kurang RM 15 sepaket
Pampers untuk si kecil pun ada offer. Akak yang jaga nie pun comel dan peramah ..
Kosmetik
– Menariknya disini pelbagai jenama boleh didapati. Dari lipstick, ke foundation, compact powder dan lain-lain lagi.
Di antara jenama yang ada . Boleh pinar mata bila disini sebab tidak tahu nak pilih yang mana. Dahlah harga yang ditawarkan murah lagi lah berjimat-jimat.
Pakaian 
– untuk dewasa pun ada
-Kanak-kanak
– Kasut dan Mainan pun ada
Barang kelengkapan rumah 
Barangan Elektrik
Potongan harga barang elektrik yang jauh lagi murah untuk jualan sempena pembukaan Lulu di 1Shamelin
Antara yang bertuah sempat membeli TV Philips 40″ dari harga RM 1299 cuma RM 699. Siapa yang tak nak bukan dah lah murah barang berjenama pula
Jadi untuk anda yang ingin pergi atau selalu ke Lulu di Kuala Lumpur kini boleh beralih ke 1Shamelin pula. Terutama buat anda yang berada di kawasan Cheras, Hulu Langat dan yang berdekatan. Jangan risau setiap hujung minggu ada sahaja promosi yang diadakan untuk para pelanggan.
Yang penting anda semua kena singgah dan lihat sendiri barangan yang ada. Promosi yang bakal diadakan setiap minggu mungkin jawapan pada anda kenapa KP mensyorkan untuk anda lihat sendiri



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top