Lost World of Tambun Cuti Sekolah 2019 Tema Hot Wheels & Barbie!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lost World of Tambun Cuti Sekolah 2019 Tema Hot Wheels & Barbie!~ Adik-adik cuti sekolah sudah bermula, pasti ibu bapa pening kepala kemana ingin bercuti? Untuk anda ibu bapa ini KP rekomenkan tempat yang wajib datang apabila cuti sekolah! Ada anak ‘girl’ & ‘boy’ jadi mesti ke lokasi yang ada untuk dedua ! Eh tak perlu risau kerana tempat yang direkomen ini bakal menggembirakan kedua-duanya. Awesome Holidays hanya di Lost World of Tambun bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019 bertemakan Hot Wheels & Barbie.

Tema yang di ambil untuk penghujung cuti sekolah 2019 bakal membawa kegembiraan adik-adik termasuk pengunjung yang meminati Hot Wheels mahupun Barbie. Mana taknya seperti mengimbau kembali zaman kanak-kanak.

“Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.
Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur”,

-kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Hot Wheels – Challenge Accepted

Peminat-pemimat Hot Wheels, meh turun ke Lost World of Tambun! Istimewa di sini dimana ada trek lumba khas untuk anda berlumba Hot Wheels ye. Kalau sebelum ini pada tahun 2018 lebih dari 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan negara pastinya tahun ini akan lebih. Mana taknya ada cabaran baru di bandar untuk anda !

Bermain dan berlumba di trek setiap hari dengan anak-anak anda di zon Challenge Accepted. Perlumbaan terakhir bakal diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan para pemenang bakal memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

“Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka,”

-kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.

Kalau tadi Hot Wheels kali ini pula Barbie – “You Can Be Anything”

Barbie – “You Can Be Anything”.
Tahun ini Barbie menyambut ulangtahunnya yang ke 60. Pejam celik rupanya Barbie sudah lama di pasaran adan mata dunia. Tahun ini khas untuk peminat dimana Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ . Insipirasi diambil untuk berkongsi dengan anak-anak kerjaya dan fesyen tanpa batasan kepada setiap gadis bakal berada di Lost World of Tambun

-Rumah Impian barbie untuk Barbie. Anak-anak bakal kegum dengan dekorasi dan ruang almari Barbie. Macam-macam ada ye. Cantik cantik pula tu baju dan aksesorinya.

Jangan terlepas peluang ‘Meet and Greet’ bersama Barbie dan mana tahu anda mungkin diantara yang terpilih untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!

“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.”

-kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie

Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Untuk info lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark layari

Website : sunwaylostworldoftambun.com



.

About The Author

7 thoughts on “Lost World of Tambun Cuti Sekolah 2019 Tema Hot Wheels & Barbie!”

  1. yeahh sis pun baru2 ni ada pergi LWOT..mujurlah time tu diorang tengah launch barbie..nasiblah dpt tengok..LWOT ni mmg best..sis dah repeat 3x kut hihi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top