Live Dari Damansara Hospital

Live Dari Damansara Hospital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

KP bermalam bersama little princess sejak semalam di sini. Apa? Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Dimana? Bila? Banyaknya persoalan bukan. Tak terjawab rasanya tetapi setiap persoalan pasti ada jawapannya.

image

 

Di sinilah KP dan little princess akan bermalam.Semestinya litt prince akan ikut sekali berkepit dengan KP

Kronologi: 18.5.2014

Selepas KP dan anak ke KRR Charity Run di Sunway Lagoon, KP bungkus bawa balik Texas Chicken. tergoda dengan offer mereka. Bawa balik dan menikmati makanan di rumah bersama kids. Hujan turun merahmati bumi dan kami anak beranak tidur di petang hari. Mula dari pukul 5.30 little princess mula muntah muntah. Apa yang di makan semuanya dikeluarkan balik. Hinggakan minum air kosong pun boleh di muntahkan balik. Ke klinik KP pergi agar dapat rawatqn dan di beritahu yang littl princess ada tonsil. Jadi untuk makan malam KP dan family menikmati bubur sahaja sebab little princess tak sihat. Ingatkan kesudahan di sini rupanya tidak, little princess muntah dan muntah hingga tidak terbilang rasanya hinggakan 1 pagi. Little prince pula cirit birit mulai 3pagi.

19.5.2014

Little princess dan little prince ke sekolah seperti biasa. Ada KP berpesan andai kata antara little prince or princess tidak sihat sila hubungi KP di pejabat. Mana tak KP dah 5 hari tak masuk pejabat koy. 11.30 dapat panggilan dari little princess kengatakan yang demam panas dan mata juga panas. Oleh kerana KP tidak dapat pulang on the spot atas alasan yang tqk cukup orang di pejabat KP terima dengan hati berat dan meminta parents KP untuk bantu menjemput little princess pulang.

dalam pukul 2pm KP berjaya juga untuk pulang selepas menerangkan dan meminta dari boss untuk pulang. KP ambil little princess dari parents KP dan ketika itu psuhu badan panas, ke klinik sekali lagi dan malangnya klinik tersebut idak mahu mengambil mana mana pesakit atas alasan di depan KP ada 10 patient menunggu doktor dan juga doktor akan pulang jam 4pm

Bergegas KP mencari klinik yang lain dan mendapati suhu badan little princess sewaktu itu rupanya sudah 38.9 . Seperti biasa ubat di beri untuk monitor di rumah. KP berkata pada litle princess jika pukul 7pm masih panas lagi ke hospital kami. Sedangkan KP dan little prince bersantai di depan TV terasa bahang apabila berseblahan dengan little princess. Cuaca pun mendung seolah memberi petanda yang hujan bakal turun dengan lebat KP mengambil langkah untuk terus ke hospital tanpa mengira janji KP pada little princess

image

Sampai sahaja di hospital via emergency suhu badan sekali lagi di periksa atau di check and to KP surprise suhu badan meningkat dengan drastik iatu 39.4 di mana agak tinggi dalam masa 2-3jam sahaja. Doktor mengesyorkan untuk membuat ujian darah. Pelik tapi relakan sahaja kerana pada KP little princess cuma tonsil dan de-hydrated akibat kekurangan air. Itu sahaja.

7.30pm reult ujian darah di perolehi dan little princess ada denggi. Itu sahaja yang doktor beritahu pada KP. Terkejut semestinya dan doktor terus mengisi borang admission untuk di’admit’. Jikalau di Damansara Hospital KP memang biasa dengan Dato Dr Musa. Seorang paed yang dikenali, very humble dan tidak sombong.

10.30pm doktor membuat review dan meng-confirmkan yang little princess POSITIVE DENGGI & KERACUNAN MAKANAN. Jatuh air mata KP sebab tak sangka dengan demam dan muntah-muntah 2hari denggi dah datang menjengah..

image

beginilah keadaan little princess dan little prince senantiasa bersama . Tidak benarkan sesiapa melukai dan menjaga bagai minyak yang penuh. Betul lah kata perpatah air yang di cincang takkan putus, walau macamana sekalipun bergaduh bersatu kembali

sambungan….

#denggi #damansarahospital

logo

About The Author

5 thoughts on “Live Dari Damansara Hospital”

  1. Sifat keibuan memang macam tuh…. sedih dan tak sanggup rasanya tgk bila si kecil jatuh sakit… anak sy pun baru jer baek dr demam yang berpanjangan sehingga masuk mgu yg ke3… pergi jumpa doc samalah mcm kes anak kak nanie katanya tonsil anak sy bengkak sampai tak boleh bercakap…sedih sgt time tuh… tuhan ajer tahu perasaan sy… tapi alhamdulillah lepas ade kwn yg kenalkan optiberry pada anak sy…. lepas 3ari makan keadaan dia dah ok… alhamdulillah 🙂 sy hanya usaha cari penawar, yang berikan kesembuhan adalah Allah… doalah bebanyak agar diberikan kesembuhan pada anak akak ya… 🙂 amin
    Yatie fizzy recently posted…[Event] Blogger Movie Day Out : Preview Super Squad di Cathay Cineplex E-Curve, DamansaraMy Profile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top