Little Miss & Mister United World 2019 Dimenangi Llyn dan Elyn Loh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Little Miss & Mister United World 2019 Dimenangi Llyn dan Elyn Loh  ~Pasangan adik beradik Ilyn dan Elyn Loh dari Kuala Lumpur telah membanggakan Malaysia serta mengibarkan Jalur Gemilang  di pertandingam Little Miss & Mister United World 2019 yang telah diadakan di kepulauan Tenerife Sepanyol dari 2 hingga 8 Oktober 2019, baru -baru ini.Ilyn yang berumur 11 tahun adalah pemenang International Model Grand Prix 2019. Ia merupakan kali pertama bagi perwakilan dari Malaysia untuk mencapai pencapaian yang setinggi itu dalam persaingan kanak-kanak antarabangsa yang berprestij itu.

Ilyn juga memenangi anugerah Best Photo Model dan Best Art Costume, dan ditempatkan dalam susunan 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad . Adik perempuannya, Elyn Loh yang berusia 7 tahun dinobatkan pula sebagai Mini Miss United World 2019 – Group Champion (umur 7 – 9). Dia juga memperoleh anugerah Best International Model Catwalk dan Best Video. Dia juga ditempatkan dalam peserta 10 terbaik dalam pertandingan bakat Golden Laurel Olympiad.

Kenyataan ini dimaklumkan kepada ahli media, tenaga pengajar, penyokong dan penyumbang, ahli keluarga, rakan-rakan rapat, dan tetamu jemputan yang menghadiri sidang akhbar yang diadakan di Ampang Glasshouse, Kuala Lumpur, pagi ini. Selain dari sidang media itu, satu acara yang bertemakan Halloween akan diadakan pada waktu petang pula untuk menunjukkan penghargaan kepada semua yang menyumbang dan menyokong perjalanan adik-beradik yang istimewa itu, dari persediaan sampai ke kemenangan mereka di Tenerife.

Pasangan muda dari SJKC Tsun Jin itu, bukan sahaja mendapat anugerah berprestij tetapi juga dapat memulakan banyak persahabatan yang baru dari seluruh dunia, semasa pertandingan antarabangsa itu, yang menyaksikan 47 perwakilan dari 20 negara bertungkus lumus untuk mendapatkan penghormatan.
Ilyn dan Elyn melayakan diri ke pertandingan Little Miss & Mister United World 2019 selepas menyertai Little Miss Malaysia 2017/18 dan masing-masing memenangi gelaran Miss Glamor dan Mini Princess. Tidak asing dalam pertandingan kanak-kanak, pasangan yang rajin itu turut memenangi dua anugerah dalam pertandingan Prince and Princess International 2018 di Phuket.

 

Untuk mencapai tahap pencapaian setinggi ini, pasangan muda itu sangat bersyukur atas bimbingan dan kasih sayang yang diberikan oleh Jessie Foo Mooi-Chun dan Cher Win, guru-guru yang berdedikasi mereka. Jessie dan Cher Win adalah dari akademi menari Dance V Me. Ketua akademi itu. Jessie Foo adalah pengajar profesional tarian Latin American dan Ballroom dan adjudikator antarabangsa. Beliau adalah pengasas dan penganjur Little Miss Malaysia dan juga Pengarah Kebangsaan Little Miss Mister United World

Dengan program yang diatur dan disusun dengan rapi oleh Jessie, Ilyn & Elyn berjaya menyiapkan diri untuk pertandingan ini dalam masa hanya 4 bulan. Semasa pertandingan di Sepanyol, Ilyn dan Elyn meragakan pakaian yang bergaya, cantik dan elegan yang direka khas oleh pereka muda Michael Ooi dari Pulau Pinang, Masa yang lama digunakan untuk mencipta sejumlah 10 pakaian yang dipaparkan oleh mereka di pertandingan itu. Kostum Ilyn yang direka oleh Micheal dinobatkan anugerah Best Art Costume.

Untuk mencapai kejayaan mereka, Ilyn dan Elyn melalui dan menanggung segala macam penilaian dan pengalaman, yang tertakluk kepada wawancara yang mencabar, persahabatan baru, mengambil bahagian dalam pertukaran budaya, menjalani latihan sengit, sambil menjalani pelbagai latihan dari catwalk sehingga ke bakat.😊
Little Miss & Mister United World, yang pada asalnya dikenali sebagai Festival Kanak-kanak Antarabangsa “Little Miss World”, diasaskan oleh Natalya Kovalyova sebagai perayaan untuk kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki dari umur 5 hingga 14 tahun, Ia ditubuhkan pada pada tahun 2000 dan dibentuk dengan matlamat untuk mewujudkan kanak-kanak yang berbakat, berpendidikan, mesra dan bermotivasi. Objektifnya adalah untuk mengumpulkan wakil-wakil dari seluruh dunia untuk perayaan kanak-kanak tahunan itu, untuk mengukuhkan hubungan mesra antara pelbagai negara , untuk mencari dan meneroka warisan budaya dunia dan untuk mempersembahkan bakat setiap individu.
Setiap negara yang berkongsi planet kita mempunyai warisan budaya yang penting. Little Miss & Mister United World menyatukan kepelbagaian dan keindahan warisan ini dari setiap sudut dunia kita. “Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Bakat mereka menawan dan memberikan kegembiraan.”

Semua peserta festival menerima pencalonan peribadi, mahkota, piala kristal, hadiah dari pelbagai rakan-rakan kongsi perayaan. Para pemenang juga menerima sumbangan wang untuk mengembangkan bakat mereka dan juga projek alam sekitar di negara mereka.

Credit: www.maestromedia.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top