LimaLeTop LIVE Bersama Penonton Mulai 31 Januari 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

LimaLeTop LIVE Bersama Penonton Mulai 31 Januari 2019|Mendekatkan lagi hubungan penonton setia bersama hurr.tv, laman online berkenaan kini memberi peluang untuk mereka hadir dan menyaksikan secara langsung salah satu program hit hurr.tv iaitu LimaLeTop. Bersiaran pada minggu terakhir setiap bulan, LimaLeTop LIVE dihoskan oleh Ain Edruce bersama tetamu jemputan terdiri daripada Instafamous dan selebriti terkenal Malaysia.

Lima kandungan segar serta terkini akan dibincangkan iaitu Muzik LeTop, Topik LeTop, Viral LeTop, Movie LeTop dan Barang LeTop. Kelainan pada sesi live ini adalah hos akan membaca dan menjawab Soalan LeTop daripada penonton di studio dan oleh mereka yang bertanyakan di laman web dan mobile app hurr.tv.

LimaLeTop LIVE telah bersiaran pada 31 Januari 2019 dengan tetamu jemputannya adalah penyanyi terkenal Malaysia, Ismail Izzani. Program turut mendapat sambutan kira-kira 40 peminat terpilih yang hadir pada sesi live berkenaan yang diadakan di MyEG Tower. Selain itu peminat juga berpeluang mendapatkan barangan eksklusif hurr.tv.

“hurr.tv tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan penonton setia kami. Memulakan tahun 2019, kami tampil dengan beberapa idea dalam mendekatkan lagi penonton bersama program yang dihasilkan. Selain itu, nantikan juga beberapa program baharu disusun oleh hurr.tv semestinya memenuhi kehendak penonton yang mahukan
kandungan menghiburkan, urban, relevan dan realiti.”

-Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly

Untuk rekod, LimaLeTop kini telah bersiaran sebanyak 104 episod web yang boleh ditonton di laman web, YouTube dan mobile app hurr.tv. Jumlah tontonan terkini bagi semua episod web telah melebihi 9 juta dengan beberapa tetamu jemputan telah ditampilkan antaranya Elfira Loy, Sarah Suhairi, Nabila Razali, Naim Daniel, Jaa Suzuran dan Daiyan Trisha.

LimaLeTop LIVE dibawakan oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, muca. Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kami di:

Website : http://www.hurr.tv/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge