Lawak Ke Der 3.. Memang Sempoi & Gelak Habis Wei Satu Panggung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lawak Ke Der 3.. Memang Sempoi & Gelak Habis Wei Satu Panggung | Siapa yang pernah tonton Lawak ke Der 1 dan Lawak ke Der 2 pastinya anda tahu best ke tak dengan ‘show’ ini. Hanya di persembahkan di Istana Budaya.. Bergegar dinding dan kerusi gara gara ketawa besar dari penonton=penonton yang lain…Kenapa ??? Apa yang terjadi ?? ….Apa cerita?.. Jom layan sempoi ke tak…..

L- awak Ke Der 3 nama diberi

A- gaknya apa pula lawak yang di buat kali ini

W- aktu 8.30malam nak start rasanya macam lambat sahaja

A-da pelawak barulah  .. pelawak “Cina”.. hmmm Douglas namanya

K- ali ini kitepunye pasti tak ketinggalan lagi..

K- erna show dulu asal kitepunye call aje “sold out”, asal call aje “tiket habis”

E – SCAPE sponsor untuk pihak blogger kali ini ( terima kasih)

D- i beri pula oleh abang bro framestone yang hensem (setia menanti)

E- xcited nak tengok live show bukan senang bukan selalu

R- amai ramai pula tu dengan blogger itu yang ” priceless momments..”

3 – 3  dah bila nak buat sambungan 4 …. 🙂

Sekalung terima kasih di ucapkan buat Escape ataupun #escnow kerana menaja pihak blogger untuk menonton pementasan Lawak Ke Der 3(yang pasti mencuit hati) di Panggung Sari, Istana Budaya pada Disember 4, 2013. Tepat 8.30 malam, pintu di buka untuk para tetamu memasuki Panggung Sari  untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3.
Masa Lawak Ke Der 1 dan Lawak Ke Der 2 selalu sahaja tiket “sold out” Ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best jomlah ke Istana Budaya tengok. Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok.
Sebelum di mulakan lagu Negaraku berkumandang di dalam dewan. Memang rugi siapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim pasti menyenakkan lagi perut dengan lawak kental mereka. – Malam pembukaan di mulakan dengan Nabil menyanyi. Lagu yang kitepunye suka lagu HAVOC yang di olah olehnya sendiri.. Cerita tentang accident yang berlaku di traffic light sewaktu Nabil ke Istana Budaya ‘warm up’ kan para penonton.

Pertandingan catur antara dua negara dari pelawak JAMBU. Yang kitepunye tak habis habis ketawa dari mula sebab tengok baju pengadil yang berwarna putih hitam. Kemudian dengan lagu kebangsaan yang di mainkan lagu “Doraemon”.. Dengan tak di minta kitepunye pun mengikut sama menyanyi lagu itu…Nabil kembali selepas JAMBU membuat persembahan.. I like your English lah Nabil. “the Esok”.. asyik dok ketawa sahaja

Douglas Lim salah seorang pelawak dalam pementasan Lawak Ke Der 3. Biasanya kitepunye selalu menonton Douglas membuat lawak dalam bahasa inggeris. mula mula masuk, ada juga dengar suara/kata kata boleh ke Douglas berlawak seperti pelawak hari ini? Dapatkan dia meggelikan hati para penonton?..meh layan..

Douglas memulakan lawaknya dengan memberitahu berapakah harga lawak nya. Dari 10sen dah up pada 14sen, Menceritakan tentang cirit-birit. tentang sup ekor dan sup buntut . Kitepunye sempat belajar sedikit sejarah cina dari Douglas iaitu Cina terkenal dengan kewangan dan juga Kung FU = ALONG.

Douglas sempat memberi kitepunye dan juga penonton belajar tentang BEST. di malaysia kita ada 3 tahap BEST mengikut Douglas iaitu

1) Best  – best yang biasa
2) Best ______ (hilang ingatan)  – best gila
3) Best ______ _____ _____ (hilang ingatan , Khinzir , Carut) yang ini best gila b**i s**l.

satu panggung bergegar sekali lagi. Yang terakhir sekali lagi bila di ceritakan tentang Awie sewaktu dia membuat teater muzikal Super Mokh dan Douglas mengolahkan lirik lagu Tragedi Oktober bertukar menjadi Tragedi Disember. Bertambah lagilah gamat panggung bila lagu tersebut di nyanyikan oleh dirinya sendiri. Not bad juga suara Douglas, setiap line ada sahaja lawaknya.  Douglas mendapat tepukan yang paling gemuruh pada malam ini

Kemudian nabil kembali sekali lagi .. kali ini Nabil lawak direct translation dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Contoh undertaker – penggali kubur, Stonecold – batu sejuk. punchline menggena kali ini

Last sekali Harith Iskandar. Para penonton semua tahu yang Harith is “stand up comedian”. Dengan komedinya tentang race/bangsa dari cerita kehidupan sendiri ke cerita bola ke cerita dalam kapal terbang semuanya gelak tawa sahaja.. Segala lawaknya menjadi ..

overall kitepunye kata outstanding show for tonight. terima kasih pada Escape /#escnow, broframestone dan para pelawak – Nabil, Jambu, Douglas , Harith dan Hans – tanpa Hans takdalah Lawak Ke Der 3

Pada kengkawan yang terlepas menyaksikan Lawak Ke Der 3 .. Jangan risau, kitepunye boleh bantu punya.. Kini kengkawan boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif  melalui ESCAPE dari31.12.2013 khas buat untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE (good news). So janganlah lepaskan peluang tau..

Pada siapa yang menggunakan talian CELCOM,

Jom join peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Untuk join cara caranya:

1. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: youtube setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

2. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE

Mungkin ada yang menanyakan apa itu ESCAPE, jom kitepunye explain serba sikit

Apa itu ESCAPE?

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu.

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! . Lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta). Termasuk konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

Teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua.

Tontoninya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Bestnya tentang ESCAPE

•  Henti & sambung tayangan

•  Pelbagai peranti

•  Bila-bila masa, di mana-mana jua 

–     Untuk maklumat lanjut, layari ESCnow sekarang.

Pada yang ingni menonton Lawak Ke Der 3 boleh dapatkan tiket di  ticket2u.biz

Priceless moments pic with blogger

 

Photos with celebrities

Press Conference

#moodgelaksakansiut

 

About The Author

1 thought on “Lawak Ke Der 3.. Memang Sempoi & Gelak Habis Wei Satu Panggung”

  1. Pingback: Vivo Malaysia Together with Celcom Bring You Great Deals!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top